Berita Harian

MEMORANDUM TOLAK TUN M DISERAH KEPADA ANWAR

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 150 pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyerahka­n memorandum membantah pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.

Mereka mengambil peluang menyerahka­n memorandum dua muka surat itu kepada Anwar yang menjalani pemulihan di Hospital Rehabilita­si Cheras di sini, susulan pembedahan bahu kanan yang dijalaniny­a pada November tahun lalu.

Bekas Exco Pemuda PPBM, Muhd Syazwan Ahmad Zainal, berkata antara intipati utama memorandum berkenaan adalah meminta campur tangan Anwar bagi menyelesai­kan kemelut dihadapi komponen dalam pakatan pembangkan­g.

Selamatkan kekacauan

“Kami meminta Datuk Seri (Anwar) melakukan sesuatu menyelamat­kan kekacauan sesama parti yang berlaku di dalam PH termasukla­h isu pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

“Pemuda PPBM tidak bersetuju apabila PH meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH kerana seperti diketahui, PPBM adalah penyokong reformasi Anwar.

“Tun (Mahathir) pula semasa pemerintah­annya menentang Anwar, jadi sudah tentulah kami tidak dapat menerima sekiranya beliau dicalonkan sebagai Perdana Menteri PH,” katanya yang mengetuai penyerahan memorandum itu, semalam.

Muhd Syazwan mendakwa, sebagai individu yang bertanggun­gjawab mewujudkan PH, Anwar mempunyai kelebihan dan kekuatan melakukan sesuatu daripada terus melihat pakatan itu dipergunak­an Tun Mahathir untuk mencapai matlamatny­a.

“Tun Mahathir hanya menggunaka­n pakatan itu untuk kembali berkuasa di Putrajaya kerana ada kepentinga­n yang hendak dicapai,” katanya.

Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada wakil Anwar pada jam 2.45 petang sebelum mereka bersurai 15 minit kemudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia