Berita Harian

Tangisan mengiringi penemuan mangsa lemas

Suami terkilan gagal selamat isteri hanyut depan mata

-

Oleh Nor Azizah Mokhtar, Norizuan Samsuddin, Syazwan Msar, Faris Fuad, Fazrik Kamaruddin dan Nur Afiradina Arshad

Suasana pilu yang diselangse­li tangisan, menyelubun­gi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh semalam, apabila ahli keluarga dan waris berkumpul untuk menuntut jenazah lima pemancing yang menjadi korban ‘kepala air’ Sungai Gasi, petang kelmarin.

Suami kepada Jeleha Hashim, Syamsul Azhar Maula, 33, berusaha menahan sebak, manakala tiga anak pasangan itu menangis hiba mengenangk­an nasib malang menimpa ibu mereka, hingga terpaksa ditenteram­kan oleh ahli keluarga.

“Ya Allah, berat sungguh ujianmu,” rintih Syamsul Azhar dalam keadaan pilu, sejurus melihat kenderaan membawa mayat isterinya, tiba di hospital itu.

Mayat Jeleha, 48, ditemui jam 3.45 petang semalam, tersangkut pada semak dalam sungai berhampira­n Desa Coalfields di sini, kirakira 19 kilometer dari lokasi kejadian.

Syamsul Azhar berkata, dia amat terkilan apabila melihat isterinya hanyut di depan mata selepas berhempas pulas untuk menyelamat­kannya.

Bapa saudara kepada Jamaluddin Rapawi, 14, Mukhlisin pula menyifatka­n anak saudaranya itu seorang yang baik dan sentiasa mendengar kata ibu bapa.

Jamaluddin adalah mangsa termuda tragedi itu, mengikut bapanya, Rapawi Jum’ada, 37, memancing di lokasi kejadian, sebelum turut dihanyutka­n arus deras itu.

Hubungi ahli keluarga

Mukhlisin, 24, berkata beliau mengetahui kejadian itu menerusi media sosial, sebelum menghubung­i ahli keluarga untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

“Saya terkejut, sedih dan sebak sejurus menerima berita berkenaan, malah perasaan itu masih dirasai hingga ke saat ini.

“Saya jumpa arwah dua hari lalu dan ketika itu semua nampak ceria. Saya tidak sangka itu pertemuan terakhir kami,” katanya.

Mayat Jamaluddin ditemui jam 1.26 pagi semalam, kira-kira 8.2 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mayat bapanya menjadi mangsa terakhir ditemui jam 4.35 petang, terapung dalam sungai dekat Desa Coalfields, berhampira­n jambatan simpang ke arah Puncak Alam, kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian.

Terdahulu, mayat Silawati Zailan, 31, ditemui pada jam 12.30 tengah hari semalam, kira-kira 10.6 kilometer dari lokasi kejadian, manakala warga Indonesia dikenali sebagai Hashir, 38, ditemui pada jam 9.51 malam kelmarin, kira-kira 9.8 kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superinten­dan S Somu, berkata operasi pencarian semua mangsa yang menjadi korban arus deras mencari dan menyelamat yang membabitka­n kira-kira 200 anggota bomba, polis, tentera, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Polis Marin, Majlis Bandaraya Shah Alam dan orang awam.

Mayat terakhir

Beliau berkata, susulan penemuan mayat terakhir jam 4.35 petang semalam, operasi ditamatkan selepas semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan dicam ahli keluarga masing-masing.

“Selepas selesai proses pengecaman dan bedah siasat, mayat akan diserahkan kepada waris untuk dikebumika­n.

Komander Operasi Bomba, Penguasa Kanan Bomba I Yusri Basri, berkata semua mayat ditemui dalam keadaan sempurna lengkap berpakaian.

 ?? [ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH ] ?? Ahli keluarga sebak ketika anggota Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa lemas, Silawati Zailan (gambar kecil) dalam kejadian yang mengorbank­an lima pemancing dihanyut arus di Sungai Gasi, Sungai Buloh.
[ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH ] Ahli keluarga sebak ketika anggota Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa lemas, Silawati Zailan (gambar kecil) dalam kejadian yang mengorbank­an lima pemancing dihanyut arus di Sungai Gasi, Sungai Buloh.
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa lemas yang terakhir, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa lemas yang terakhir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia