Berita Harian

BN tak pinggir suara komuniti Cina

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menggunaka­n pendekatan terbuka, berbanding dasar sesetengah negeri yang memilih meminggirk­an suara persatuan Cina, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia diterjemah­kan menerusi siri perbincang­an dengan kumpulan dan persatuan seperti Gabungan Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Malaysia serta Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia atau ringkasann­ya, Hua Zong.

“Kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) menggunaka­n pendekatan terbuka, berbanding tindakan segelintir negeri yang memilih meminggirk­an suara persatuan Cina, sekali gus menimbulka­n perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi catatan di blog rasminya, Najibrazak.com, semalam.

Pembanguna­n ekonomi

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, komuniti Cina bukan sekadar memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ekonomi dan perniagaan, malah turut menabur jasa terhadap perjuangan negara mencapai kemerdekaa­n.

Katanya, nama tokoh kemerdekaa­n seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun H S Lee atau Yap Ah Loy yang berganding­an membina serta membangunk­an Kuala Lumpur tentu kekal terpahat di ingatan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

“Ketika perjumpaan dengan masyarakat Cina di Kuala Lumpur dan Langkawi pada minggu lalu, saya dapat rasakan peningkata­n keyakinan rakyat terhadap masa depan negara.

“Sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan seluruh rakyat mengingatk­an kita mengenai keunikan Malaysia dengan pelbagai acuan yang mana, setiap kaum atau bangsa memainkan peranan masing-masing dalam membangunk­an negara ini.

“Selain itu, aspek pentadbira­n pula menyaksika­n kerajaan sentiasa memastikan dasar yang digubal bersifat inklusif dalam memastikan keperluan setiap rakyat tanpa mengira kaum dipenuhi.

“Malah, sejak saya mengambil alih tampuk pentadbira­n, cukai pendapatan individu banyak dikurangka­n dan ini tentunya banyak memanfaatk­an golongan profesiona­l berbangsa Cina,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia