Berita Harian

Pertemuan duta, menteri Indonesia ditangguh

-

Kuala Lumpur: Pertemuan antara Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dengan Menteri Tenaga Kerja negara itu, Hanif Dhakiri, bagi membincang­kan isu berkaitan pekerja asing di Malaysia yang sepatutnya berlangsun­g semalam, ditangguhk­an.

Ketika dihubungi semalam, Zahrain berkata, mesyuarat terbabit ditunda kementeria­n berkenaan kepada tarikh baharu yang akan ditentukan kemudian.

Beliau mengulas arahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya mewakili negara pada pertemuan itu semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Zahrain sudah diarah menyatakan empat perkara penting yang menjadi hasrat Malaysia dalam isu berkaitan pekerja asing dari Indonesia di negara ini.

“Pertama ialah kes penderaan yang berlaku adalah kes terpencil. Kedua, Kerajaan Malaysia dan pasukan penguatkua­saan tidak pernah melindungi sebarang isu penderaan, bukan saja terhadap pembantu rumah tetapi semua pekerja warga asing.

Kemas kini MOU

“Ketiga, kita meminta memorandum persefaham­an (MOU) yang tamat pada tahun 2016 dikemaskin­i dan perundinga­n lanjut harus dilakukan. Saya meminta Zahrain menyatakan komitmen Kerajaan Malaysia untuk terus menjalinka­n kerjasama antara keduadua negara harus diterima dengan berlapang dada dan terbuka kerana kita saling memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan prapelanca­ran Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Keselamata­n Antarabang­sa Asia (NATSEC) di sini, semalam.

DSA 2018 dan NATSEC akan diadakan pada 16 hingga 19 April ini di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) berhampira­n Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Lebih 1,500 syarikat bakal mempamerka­n produk mereka, selain 350 delegasi dari 45 negara dan 42,000 pelawat dari 70 negara dijangka hadir pada DSA dan NATSEC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia