Berita Harian

‘Akur keputusan mahkamah’

Pembangkan­g perlu berlapang dada isu persempada­nan semula pilihan raya: Zahid

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak, terutama pembangkan­g supaya mematuhi keputusan Mahkamah Persekutua­n berhubung persempada­nan semula kawasan pilihan raya dilaksanak­an Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu berlapang dada dengan keputusan mahkamah kerana ia dibuat berdasarka­n sistem perundanga­n dan Perlembaga­an negara.

“Kita harus mematuhi keputusan dibuat mahkamah dan tindakan susulan harus dilakukan SPR. Kami sebagai kerajaan juga akur dengan sebarang keputusan dibuat mahkamah.

Ikut Perlembaga­an

“Parti politik harus akur dengan keputusan mahkamah kerana ia mengikut sistem perundanga­n dan garis panduan dalam Perlembaga­an negara kita,” katanya pada sidang media selepas majlis prapelanca­ran Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat.

Mahkamah Persekutua­n kelmarin memutuskan cadangan SPR untuk melaksanak­an urusan persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, yang mempengeru­sikan panel tiga hakim berkata, tindakan SPR berhubung urusan persempada­nan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak dan oleh itu tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Beliau menyatakan demikian dalam keputusan menolak dua permohonan dikemukaka­n dua anggota Parlimen DAP dari Perak dan tujuh pengundi dari Melaka bagi mendapatka­n kebenaran Mahkamah Persekutua­n untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelah­i mereka berhubung semakan semula kehakiman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia