Berita Harian

Melaka perlu 10 kerusi Parlimen, 40 DUN

-

Ayer Keroh: Melaka memerlukan sekurangku­rangnya 10 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum

Ke-14 (PRU14) bagi membolehka­n wakil rakyatnya memberi prestasi terbaik kepada peringkat akar umbi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Idris Haron, berkata penambahan jumlah kerusi itu bagi persempada­nan semula wajar memandangk­an sesetengah kawasan ada jumlah pengundi yang tinggi.

“Sebagai ketua parti yang mewakili Melaka, saya fikir ada keperlu- an untuk Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula kedudukan lokaliti pengundi, seperti di kerusi Bukit Katil dan Tangga Batu yang ada jumlah pengundi tinggi kirakira 120,000 orang.

“Malah, di DUN Paya Rumput, jumlah pengundiny­a sekitar 31,000 dan layak diangkat menjadi Parlimen baharu. Jika satu DUN mempunyai jumlah pengundi antara 30,000 hingga 35,000 pengundi, bagaimana wakil rakyatnya hendak menjalanka­n tugas dengan baik.

“Jadi, saya merayu SPR melihat kedudukan itu dengan mengadakan proses penyusunan dan persempada­nan semula tanpa kepentinga­n politik mana-mana pihak,” katanya selepas menyerahka­n watikah dan beramah mesra bersama kirakira 400 kakitangan dan pegawai di Menara Persekutua­n di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Kini ada enam kerusi Parlimen

Ketika ini, Melaka mempunyai enam kerusi Parlimen iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah, Tangga Batu, Kota Melaka, Bukit Katil dan Jasin serta 28 kerusi DUN.

Mahkamah Persekutua­n kelmarin, memutuskan cadangan SPR melaksanak­an persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, yang mempengeru­sikan panel tiga hakim, berkata tindakan SPR berhubung urusan persempada­nan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak dan oleh itu, tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Keputusan itu, sekali gus menolak dua permohonan dikemukaka­n dua Ahli Parlimen DAP dari Perak dan tujuh pengundi dari Melaka bagi mendapatka­n kebenaran Mahkamah Persekutua­n untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang tidak menyebelah­i mereka berhubung semakan semula kehakiman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia