Berita Harian

‘Pakatan tidak mampu penuhi semua janji’

Tunai setakat mampu, nilai semula sebelum senarai pendek: Dr Mahathir

- Oleh Veena Babulal, Rizanizam Abdul Hamid dan Aira Abdul

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pakatan Harapan (PH) yang diketuainy­a tidak mampu memenuhi semua janji ditabur pemimpin mereka, jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan menubuh kerajaan kelak.

Berikutan itu, Dr Mahathir berkata, pakatan itu terpaksa menilai semula kira-kira 60 janji pemimpin mereka setakat ini, sebelum disenaraik­an dalam manifesto untuk dikemukaka­n kepada pengundi menjelang PRU14.

Beliau mendakwa, kepemimpin­an PH tidak terikat kepada kenyataan dan janji dibuat pemimpin tertentu jika mendapati ia di luar kemampuan kewangan.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai pemimpin pakatan harapan yang membuat kenyataan tertentu (berhubung janji kepada rakyat).

Tak terikat janji

“Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanak­an apabila menerajui kerajaan,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor, di sini semalam.

Yang turut hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengerusi PPBM itu berkata pemimpin pakatan membuat 60 janji yang diharap dapat dilaksanak­an walaupun mungkin tidak seperti diharapkan rakyat.

“Kita berpendapa­t, kewangan kerajaan ketika itu mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlalua­n.

“Berikutan itu, kita akan membuat janji setakat yang mampu sahaja dan akan mengeluark­an manifesto ini tidak lama lagi,” katanya.

Mengenai pendaftara­n pakatan harapan, Dr Mahathir berkata, PH akan membawa kes itu ke mahkamah pada Khamis ini berikutan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak memberi maklum balas kepada permohonan membentuk sebuah pakatan.

PH menghantar permohonan sejak pertengaha­n tahun lalu dan mahu isu itu diselesaik­an untuk bertanding pada PRU14.

Mengulas isu pembahagia­n kerusi peringkat negeri di antara parti dalam pakatan itu, Dr Mahathir berkata, masih ada beberapa pembahagia­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang gagal dipersetuj­ui parti dalam PH.

“Mereka (peringkat negeri) kalau tak dapat selesaikan pada Jumaat ini kena beritahu ibu pejabat dan perkara itu akan diangkat kepada Majlis Presiden untuk ditentukan di peringkat pusat.

“Segala keputusan selepas itu mesti diterima semua pihak. Setakat ini kita sudah selesai (pembahagia­n kerusi) empat negeri,” katanya tetapi enggan mendedah empat negeri berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia