Berita Harian

Mukhriz hipokrit politikkan isu dana RM1.3B untuk Langkawi

-

Alor Setar: Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan hipokrit kerana mempolitik­kan peruntukan RM1.3 bilion bagi Langkawi, sekali gus menunjukka­n bekas Menteri Besar Kedah itu tiada modal untuk berpolitik.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sharif, berkata Mukhriz sebagai bekas pemimpin nombor satu Kedah sewajarnya tidak menipu diri sendiri kerana mengetahui peruntukan disalurkan adalah tanggungja­wab mana-mana kerajaan.

Katanya, peruntukan diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuktika­n Kerajaan Persekutua­n menunaikan tanggungja­wab demi kemudahan penduduk pulau terbabit.

“Sebagai bekas pemimpin, Mukhriz harus sedar peruntukan ini bukanlah ‘dedak’ tetapi satu tanggungja­wab pemimpin, malah kebanyakan peruntukan bukannya disalurkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

Sengaja timbul isu

“Apabila Kedah atau mana-mana negeri menerima peruntukan Kerajaan Pusat, kenapa Mukhriz ketika menjadi Menteri Besar tidak mengatakan ia ‘dedak’ tetapi selepas jadi pembangkan­g, baru nak timbulkan isu ini,” katanya selepas Program Jualan Sentuhan Rakyat anjuran UMNO Jerlun di Wisma UMNO Jerlun di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mengatakan pengumuman pembanguna­n dibuat Perdana Menteri kepada rakyat Langkawi sebagai ‘dedak’.

Sabtu lalu, Perdana Menteri mengumumka­n peruntukan RM1.3 bilion bagi lima projek infrastruk­tur merangkumi projek tadahan air, menaik taraf Hospital Langkawi, pembinaan balai bomba, kuarters dan jalan raya, di bawah Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-11 ( RMKE-11).

Abu Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh berkata, Mukhriz ketika menjadi Menteri Besar tidak menjalanka­n sebarang pembanguna­n, terutama di Langkawi, tetapi kini mahu berjuang untuk rakyat Kedah pula.

“Sikap yang ditunjukka­n Mukhriz, membuktika­n pembangkan­g tiada modal untuk menarik sokongan rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia