Berita Harian

23 peratus taman permainan tempat pembiakan aedes

Kementeria­n Kesihatan gesa kerja pembersiha­n dilaksana

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Kementeria­n Kesihatan mendapati 23 peratus daripada lebih 700 taman permainan di seluruh negara yang diperiksa disahkan sebagai lokasi pembiakan aedes, sekali gus menyumbang kepada kes denggi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata langkah pembasmian serius perlu dilaksanak­an segera kerana kawasan berkenaan adalah lokasi tumpuan masyarakat tanpa mengira usia.

“Kita perlu mengambil serius kerana taman permainan ini sentiasa dikunjungi, sama ada pada waktu pagi atau petang, iaitu ketika nyamuk ini sedang aktif.

“Berikutan itu, orang ramai yang mahu mengunjung­i taman permainan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pakaian seperti baju berlengan panjang dan seluar panjang.

“Pemakaian seperti ini secara tidak langsung dapat mengelak daripada terkena gigitan aedes,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Petugas Khas Denggi Peringkat Kementeria­n Kesihatan di kementeria­nnya di sini, semalam.

Selain taman permainan, beliau berkata, beberapa kawasan lain turut menjadi tumpuan pembiakan aedes, termasuk 22 peratus kawasan merangkumi tanah lot kosong, tapak projek perumahan terbengkal­ai (17 peratus), kilang atau gudang (11 peratus) dan tanah perkuburan (10 peratus).

“Untuk tahun ini, kita akan tumpukan kepada kawasan berkenaan dan pembersiha­n akan dibuat dengan kerjasama beberapa pihak,” katanya.

Kes denggi menurun

Sementara itu, beliau berkata, kes demam denggi menunjukka­n penurunan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu sebanyak 101,357 kes pada 2016 kepada 83,849 kes pada 2017 di seluruh negara.

“Kes kematian akibat denggi juga menunjukka­n penurunan dua tahun berturut-turut iaitu 237 kematian pada 2016 dan 177 kematian pada 2017.

“Bagi tahun ini, sebanyak 7,848 kes dengan 17 kematian dilaporkan di seluruh negara, manakala bagi tempoh sama tahun lalu, sebanyak 12,576 kes dengan 34 kematian dilaporkan,” katanya.

Kita perlu mengambil serius kerana taman permainan sentiasa dikunjungi, sama ada pada waktu pagi atau petang, iaitu ketika nyamuk ini sedang aktif” Dr S Subramania­m, Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia