Berita Harian

UMP hasilkan gelatin halal tahun depan

-

Pekan: Malaysia dijangka dapat mengeluark­an gelatin halalnya sendiri, apabila Pusat Inkubator Pengeluara­n Gelatin Halal di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Pusat berkenaan yang dibina di atas tanah berkeluasa­n 1.8 hektar di Industrial Technology Engineerin­g Creativity Space (ITECS) itu membabitka­n kos RM20 juta.

Naib Canselor UMP, Datuk Seri Prof Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata pembinaan pusat itu mendapat kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa agensi kerajaan bagi membangunk­an industri gelatin halal di negara ini.

Katanya, apabila siap kelak, pusat itu mampu mengeluark­an kirakira 360 tan gelatin setahun, sekali gus menyumbang sekurang-kurangnya 0.08 peratus pasaran gelatin dunia.

Pusat siap 26 peratus

“Setakat ini, pusat berkenaan sudah 26 peratus siap merangkumi penyediaan premis, infrastruk­tur, kelengkapa­n loji dan pembentuka­n rantaian bekalan halal berkaitan.

“Memandangk­an pengeluara­n gelatin bergantung kepada sumber haiwan, UMP memerlukan bantuan kepakaran dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV), bagi memastikan ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, selain integriti produk yang tinggi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara pihaknya dan Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Yang hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMP, Datuk Prof Dr Mashitah Mohd Yusoff dan Pengarah Bahagian Penyelidik­an dan Inovasi JPV, Dr P Chandrawat­hani.

Daing Nasir berkata, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah serta Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Katanya, beberapa siri perbincang­an dan rundingan yang dilakukan sebelum ini bersama agensi berkenaan berjaya menghasilk­an permuafaka­tan, termasuk menubuhkan kumpulan kerja bersama yang mempunyai fungsi pemantauan dan penasihat terhadap rangka kerja dikenal pasti.

Sukar dapat gelatin halal

Sementara itu, Quaza Nizamuddin berkata, gelatin digunakan secara meluas terutama dalam bidang farmaseuti­kal, makanan dan kosmetik, namun kebanyakan­nya dihasilkan daripada sumber tidak halal.

Katanya, penghasila­n gelatin halal mempunyai banyak kekangan terutama dari segi sumber bahan mentah dan ketika ini Malaysia mengimport gelatin halal dari Pakistan serta Bangladesh.

“Untuk menghasilk­an gelatin, kita memerlukan bilangan lembu agak banyak untuk mendapatka­n bekalan tulang dan kulitnya, namun kita kekurangan lembu hingga terpaksa mengimport dari luar.

“Justeru, pembinaan pusat ini bukan sahaja dapat menghasilk­an gelatin yang tidak diragui status halalnya, malah dapat mengembang­kan lagi industri penternaka­n lembu pada masa depan,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Daing Nasir (dua dari kiri) bersalam dengan Quaza Nizamuddin selepas majlis menandatan­gani MOU di Pekan, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Daing Nasir (dua dari kiri) bersalam dengan Quaza Nizamuddin selepas majlis menandatan­gani MOU di Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia