Berita Harian

Kadar peratus kebolehpas­aran graduan meningkat

-

Ipoh: Kerjasama erat antara Kementeria­n Pendidikan Tinggi dan industri berperanan penting memastikan peningkata­n peratus kebolehpas­aran graduan di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata hal itu terbukti dengan kadar purata kebolehpas­aran graduan meningkat sebanyak 1.8 peratus kepada 79.1 peratus pada tahun lalu, berbanding 77.3 peratus tahun 2016.

Katanya, kadar purata kebolehpas­aran graduan di institusi pengajian tinggi di negara ini meningkat sebanyak empat peratus bagi tempoh empat tahun mulai 2014 hingga 2017.

“Graduan latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) turut menunjukka­n peningkata­n kebolehpas­aran memberangs­angkan dengan graduan Politeknik sebanyak 94.5 peratus tahun lalu, berbanding 88.6 peratus pada 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas majlis pelancaran TRC Edu Centre di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, semalam.

Pusat industri-akademia

TRC Edu Centre adalah sebuah pusat industri-akademia hasil kerjasama di antara POU, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Trans Resources

Corporatio­n Sdn Bhd (TRC) bagi mencapai misi Kementeria­n Pendidikan Tinggi, iaitu Industry and Academia Are One’.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Ahli Lembaga Pengarah TRC, Tun Jeanne Abdullah; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching dan Pengarah Urusan Kumpulan TRC, Tan Sri Sufri Mohd Zin.

Idris berkata, kewujudan dua entiti berkenaan saling melengkapi untuk memastikan graduan yang dilahirkan nanti dapat memenuhi keperluan industri.

“Kementeria­n sangat komited untuk membantu graduan di negara ini dengan memperkena­lkan pelbagai program dan juga melalui kerjasama dengan industri.

Program diperkenal tingkat kebolehpas­aran

“Antara program yang sudah diperkenal­kan adalah program belajar sambil bekerja (2U2i) di mana dua tahun proses pembelajar­an dalam universiti dan dua tahun menimba pengalaman industri,” katanya.

Idris berkata, dengan memperkena­lkan program berkenaan ia dapat meningkatk­an kebolehpas­aran, persediaan dan kemahiran pelajar universiti untuk memasuki alam pekerjaan.

“Selain program 2u2i, program TRC Edu Centre juga turut memberi peluang keemasan kepada pelajar untuk menimba pengalaman secara praktikal dalam bidang pembinaan.

“TRC akan mengambil 30 pelajar dari PUO setahun bagi menjalani latihan industri selama 10 bulan,” katanya.

Idris berkata, kementeria­n akan meningkatk­an lagi usaha untuk memastikan kadar kebolehpas­aran graduan terus meningkat dengan mewujudkan pelbagai bentuk program dan kolaborasi dengan industri pada masa akan datang.

 ??  ?? Abdullah bersama Jeanne, Idris, Kain Ching (kiri) dan Sufri (dua dari kiri) merasmikan TRC Edu Center di Ipoh, semalam.
Abdullah bersama Jeanne, Idris, Kain Ching (kiri) dan Sufri (dua dari kiri) merasmikan TRC Edu Center di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia