Berita Harian

Meriam kembar 200 tahun ubah sejarah

Ahli arkeologi USM jumpa senjata lama di Fort Cornwallis

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Sekumpulan ahli arkeologi dan sejarah daripada Universiti Sains Malaysia (USM), menemui dua meriam berkembar dipercayai berusia sekurangku­rangnya 200 tahun, dalam ekskavasi di tapak arkeologi Fort Cornwallis di sini, semalam.

Pengarah Pusat Arkeologi USM, Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin, berkata penemuan terbaharu itu mungkin mengubah sejarah asal Fort Cornwallis yang selama ini dikenali sebagai Kota Keamanan.

“Kedua-dua meriam yang mempunyai simbol GR, ini dipercayai digunakan pada era King George III dan ia juga seperti jenis sama yang kita jumpa di Bukit Bendera.

“Bagaimanap­un, berpanduka­n peta asal Fort Cornwallis pada tahun 1877, ia langsung tidak memberitah­u mengenai kewujudan dan kedudukan meriam berkembar ini.

Peranan sebenar kubu

“Justeru, ia menimbulka­n tanda tanya mengenai peranan sebenar kubu ini yang lebih dikenali sebagai Kota Keamanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Meriam yang masing-masing berukuran 2.35 meter dan 2.2 meter itu dijumpai empat ahli arkeologi bersama tujuh pembantu, kira-kira jam 2 petang semalam, di tapak arkeologi seluas lebih 0.4 hektar.

Mengulas lanjut, Dr Mokhtar berkata, pada asalnya pasukan itu melakukan kerja arkeologi bagi mengesan pintu asal Fort Cornwallis, yang dipercayai mempunyai lebih banyak artifak bersejarah.

Katanya, kerja arkeologi yang bermula sejak Ogos tahun lalu itu bagaimanap­un masih belum menemui pintu bersejarah berkenaan.

“November lalu kita jumpa peluru meriam, namun dengan saiz yang lebih kecil. Tidak sangka pula kita jumpa dua meriam berkembar ini.

“Susulan penemuan ini, keduadua meriam akan dibawa ke USM dalam tempoh terdekat bagi tujuan mengesan lebih banyak data dan maklumat,” katanya.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Dr Mokhtar (berdiri) memantau kerja pembersiha­n dua meriam yang ditemui di tapak arkeologi Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Georgetown, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Dr Mokhtar (berdiri) memantau kerja pembersiha­n dua meriam yang ditemui di tapak arkeologi Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia