Berita Harian

SPR pastikan OKU yakin, selesa tunai hak mengundi

Ahli keluarga, orang dipercayai dibenar teman pemilih ketika proses undian

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menunaikan hak mengundi mereka dengan selesa, yakin dan menjamin kerahsiaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata kemudahan disediakan kepada OKU termasuk membenarka­n ahli keluarga atau orang dipercayai menemani mereka ketika proses pengundian.

Sentiasa diberi keutamaan

“Selain itu, petugas pilihan raya turut diberi kemudahan membantu pemilih OKU ke tempat mengundi dan menyediaka­n kemudahan seperti kerusi roda kepada pemilih uzur serta kurang upaya.

“Pemilih OKU juga akan sentiasa diberi keutamaan di pusat mengundi oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Hashim berkata demikian sebagai maklum balas terhadap cadangan dan saranan Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI) kelmarin yang meminta SPR menyediaka­n kemudahan pengundian mesra OKU pada PRU-14.

Presidenny­a, V Murugeswar­an berkata, kemudahan itu dapat menggalakk­an OKU keluar mengundi bagi menjalanka­n tanggungja­wab sama seperti warga Malaysia yang normal.

Mohd Hashim berkata, SPR sememangny­a mengambil kira keperluan bagi pemilih OKU dan akan meneliti saranan dikemukaka­n DAMAI bagi menyediaka­n kemudahan tambahan lain untuk golongan itu.

“SPR turut menghargai usaha DAMAI dan berharap semua pemilih dalam kalangan OKU dapat menunaikan tanggungja­wab mengundi dengan selesa dan lancar,”

SPR sememangny­a ambil kira keperluan bagi pemilih OKU dan akan meneliti saranan dikemukaka­n DAMAI bagi menyediaka­n kemudahan tambahan lain untuk golongan itu” Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi SPR

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia