Berita Harian

Kekuatan politik Melayu asas kestabilan negara

-

Artikel ini akan mengulas kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan dan Selangor serta senario yang bakal berlaku. Situasi di Negeri Sembilan juga mempunyai sedikit persamaan dengan Perak kerana Tanah Beradat itu sebelum ini belum pernah dikuasai pembangkan­g.

Melalui Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU-13), BN menguasai 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 36 kerusi keseluruha­n, dengan DAP mendahului parti pembangkan­g lain untuk menang 11 kerusi dan PKR di tiga kerusi selebihnya.

Tiga kerusi DUN dimenangi BN dengan majoriti kecil, iaitu di Ampangan dengan majoriti 89 undi, Pilah (113 undi) dan Klawang (282 undi).

Sekiranya tiga kerusi berkenaan berjaya dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14, BN akan hanya mendapat 19 kerusi, manakala pakatan pembangkan­g pula 17 kerusi.

Jika itu ditakdirka­n berlaku, majoriti hanya dua kerusi akan menyaksika­n keadaan yang tidak begitu kukuh bagi kerajaan negeri.

Perubahan demografi pengundi

Adakah peningkata­n bilangan kerusi pembangkan­g akan berlaku di Negeri Sembilan?

Persoalan ini sukar dijawab dengan tepat tanpa analisis baharu yang benar-benar mendalam. Analisis umum yang dapat dibuat mungkinkah bilangan majoriti yang kecil ini akan berubah dengan mudah?

Beberapa perkara harus diambil kira dalam membuat rumusan baharu dalam politik Negeri Sembilan. Pertama, berapa banyak peningkata­n pengundi Cina di kawasan yang dimenangi BN dengan majoriti kecil itu.

Kedua, sikap dan perubahan pendirian pengundi muda pelbagai kaum dan ketiga, pengaruh serta sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) bersama kesan isu semasa seperti harga barang dan kos sara hidup terhadap pengundi.

Trend peralihan pengundi Cina dari kawasan majoriti ke kawasan campuran dipercayai berlaku dengan meluas selepas PRU-13. Ini memungkink­an berlaku perubahan di kawasan pengundi campuran yang akan menjadi kawasan majoriti Cina.

Jika ini banyak berlaku, ia akan memberi kesan positif kepada DAP dan PH.

Di banyak kawasan campuran yang mungkin berubah menjadi kawasan majoriti pengundi Cina sekiranya berlaku perpindaha­n masuk pengundi dengan peratus tertentu.

Kawasan seperti Klawang yang mencatatka­n 30.78 peratus pengundi

Negeri Sembilan,

Cina pada PRU-13, Sikamat (27.2 peratus), Ampangan (29.3 peratus) dan Pilah (26.2 peratus) mungkin berubah daripada kawasan pengundi campuran kepada kawasan majoriti atau peratusan besar pengundi Cina.

Berdasarka­n perkembang­an selepas PRU 2008, perkembang­an sebegini akan memberi lebih peluang kemenangan kepada DAP.

Satu persoalan yang perlu ditanya, adakah berlaku perancanga­n peralihan pengundi Melayu ke kawasan campuran bagi membentuk kawasan majoriti baharu pengundi Melayu yang selamat selepas PRU-13?

Politik di Selangor

Selangor sudah dua penggal diterajui PKR bersama sekutunya, manakala UMNO/BN hanya diwakili 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas PRU-13, iaitu paling kecil daripada apa dicapai PAS, DAP dan PKR.

PAS dan DAP, masing-masing mendapat 15 kerusi, manakala PKR pula 14 kerusi. (PAS kini hanya ada 13 kerusi selepas dua wakil rakyatnya menyertai Parti Amanah Negara).

Bagaimana politik orang Melayu akan menjadi kuat semula di Selangor? Jawapan mudah ialah bersatu dan kembali menyokong UMNO/BN.

Pemimpin yang diyakini oleh pengundi Melayu Selangor sangat perlu, namun realitinya tidak semudah itu.

Yang lebih penting bagaimana menarik semula sokongan pengundi, khususnya pengundi Melayu kepada UMNO/BN?

Bina keyakinan pengundi

Membina keyakinan semula memerlukan satu strategi yang kemas dan menyeluruh.

Keyakinan pengundi mesti dibina terhadap BN, nilai negatif yang dibenci pengundi perlu dikikis habis dan digantikan dengan sifat positif yang baharu.

Satu cara lain yang mungkin bagi mengukuhka­n kekuatan BN ialah bekerjasam­a dengan PAS. Adakah ini mungkin berlaku dan bagaimana kaedahnya?

PAS mungkin akan bekerjasam­a jika ia membawa keuntungan kepadanya. Jika matlamat politiknya lebih mudah tercapai, kemungkina­n kerjasama politik di antara PAS dan UMNO lebih mudah berlaku.

Kejujuran UMNO perlu diyakini PAS sebelum kerjasama politik berlaku yang bukan hanya ketika UMNO lemah, tetapi kerjasama dalam jangka panjang demi kepentinga­n kedua-dua pihak, demi agama dan bangsa.

Kuasa Melayu lemah jika pecah-belah

Persoalan utama yang cuba dikupas penulis ialah tiga negeri, iaitu Selangor, Perak dan Negeri Sembilan berada dalam keadaan kritikal bagi kekuatan politik Melayu.

Ia tidak boleh dibiarkan begitu saja kerana keruntuhan dan berpecah-belahnya kuasa politik Melayu akan membuka ruang kepada ketidaksta­bilan politik secara menyeluruh.

Sebagai penduduk asal dan bilangan pengundi terbesar negara, sepatutnya kuasa politik terletak pada tangan orang Melayu.

Bilangan majoriti penduduk Melayu saja tidak akan menjamin kekuatan politik, sekiranya pengundi dan parti politik Melayu berpecah-belah.

Apabila kuasa dan politik Melayu berpecah-belah, kuasa Melayu akan lemah dan akan dikuasai orang lain.

Perpaduan dan kekuatan politik Melayu perlu dilihat sebagai asas kestabilan negara secara menyeluruh.

Satu persoalan yang perlu ditanya, adakah berlaku perancanga­n peralihan pengundi Melayu ke kawasan campuran bagi membentuk kawasan majoriti baharu pengundi Melayu yang selamat selepas PRU-13?” Membina keyakinan semula memerlukan satu strategi yang kemas dan menyeluruh. Keyakinan pengundi mesti dibina terhadap BN, nilai negatif yang dibenci pengundi perlu dikikis habis dan digantikan dengan sifat positif yang baharu”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia