Berita Harian

‘Ketepi politik demi martabat pendidikan kebangsaan’

-

tokoh pendidik mahu semua pihak mengetepik­an kepentinga­n politik kepartian dalam melaksanak­an sekolah satu aliran bahasa kebangsaan tanpa menuntut bahasa vernakular dalam sistem pendidikan masing-masing.

Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata, polemik perbahasan bukan lagi mengenai sekolah kebangsaan melawan sekolah vernakular, sebaliknya mengenai keperluan atau kehendak.

“Adakah perlu lagi wujud sekolah vernakular dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan? Negara kita hari ini seharusnya hanya ada satu aliran dan ia perlu dilaksanak­an sebagai identiti kebangsaan. Kerajaan perlu tegas melaksanak­an dasar ini,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu kerajaan menghapusk­an sekolah vernakular, sebaliknya pelaksanaa­n dasar itu untuk memartabat­kan sistem pendidikan kebangsaan menerusi satu sistem iaitu bahasa kebangsaan tanpa meminggirk­an subjek berteraska­n kaum lain.

Sukarkan perbincang­an

“Namun, agak malang bila ada wacana ilmu dan pendidikan hanya pemikir dan pejuang bahasa dalam kalangan bangsa Melayu hadir, manakala kaum lain tidak hadir walaupun dijemput yang menyukarka­n perbincang­an dan membuat keputusan,” katanya.

Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Dr Firdaus Abdullah, pula berkata hasil wacana seharusnya diserahkan kepada kerajaan untuk dilaksanak­an selepas diperhalus­i menerusi beberapa siri wacana lain.

“Ia juga perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk yang memperjuan­gkan sekolah vernakular. Saya harap hasil wacana ini tidak terkubur di UKM, sebaliknya terus dibincang dan diketengah­kan demi kepentinga­n pendidikan negara dan martabat bahasa Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia