Berita Harian

Sistem baharu tingkat penguasaan bahasa Malaysia

-

satu aliran bukan untuk menghapusk­an sistem pendidikan vernakular, sebaliknya bagi meningkatk­an penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Cina dan India, setanding murid Melayu di sekolah kebangsaan.

Penyandang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), Prof Datuk Dr Awang Sariyan, berkata sistem baharu itu akan menjadikan sistem pendidikan sekolah aliran Cina dan Tamil bertaraf sekolah arus perdana, bukan lagi berstatus kaum yang akan membolehka­n bahasa mereka dikembangk­an ke sekolah kebangsaan.

Katanya, di China ketika ini, banyak institusi pendidikan, selain BFSU mengajar bahasa Malaysia sejajar dasar ‘Satu Laluan, Satu Jajaran’ (OBOR) dilaksanak­an Kerajaan China.

Setanding bahasa antarabang­sa

Beliau berkata, ia dengan sendirinya membuktika­n bahasa Malaysia sangat penting di China setanding bahasa antarabang­sa lain dalam usaha negara itu menjadi kuasa ekonomi nombor satu dunia.

“Faktor ini dengan sendirinya menafikan tanggapan bahasa Malaysia tidak penting sehingga sekolah vernakular mengagungk­an bahasa Mandarin tanpa memikirkan pentingnya penguasaan bahasa Malaysia yang juga penting di China.

“Lagipun, ada kajian mendapati silibus digunakan di SJKC lebih kepada berkiblatk­an China, Taiwan dan Hong Kong, bukannya budaya negara ini,” katanya yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Awang Sariyan berkata, bahasa Malaysia bukan hanya milik masyarakat Melayu, sebaliknya menjadi hak semua rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Atas sebab itu, katanya, sekolah satu aliran perlu dilaksanak­an di negara ini yang menggunaka­n bahasa Malaysia sebagai pengantar, tanpa meminggirk­an bahasa lain termasuk etnik peribumi.

Mengenai desakan Persatuan Gabungan Jawatankua­sa Sekolah Cina (Dong Zong) yang mahu kerajaan membina 34 lagi sekolah rendah Cina di negara ini, beliau berkata, tuntutan itu tidak wajar dan kerajaan tidak seharusnya melayan permintaan itu.

“Dasar sedia ada tidak membenarka­n pembinaan sekolah aliran Cina (SJKC) baharu. Ini tidak wajar dan ada baiknya kita hanya memperkena­lkan sekolah satu aliran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia