Berita Harian

Peringatan pandu perlahan tak dihirau

-

Shah Alam: Segelintir pengguna jalan raya tidak menghirauk­an peringatan memperlaha­nkan kenderaan ketika melalui Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang sudah tidak beroperasi.

Tinjauan pada waktu puncak di keduadua plaza tol semalam, mendapati bukan sahaja kenderaan ringan, malah lori dan bas juga dipandu laju di lorong paling kiri.

Laluan masuk ke kawasan rehat dan rawat di kedua-dua tol juga sudah ditutup.

Bagaimanap­un, terdapat beberapa kenderaan berat seperti lori, bas dan van logistik berhenti dengan menyalakan lampu kecemasan, tetapi tidak terlalu lama.

Menurut seorang pengawal keselamata­n yang bertugas di Plaza Tol Batu Tiga, Azhari Arifin, 40, setiap hari dia melihat pelbagai ragam pengguna, termasuk yang memandu melebihi kelajuan di kawasan terbabit.

Hampir 10 nahas

“Sejak tol dimansuhka­n, kenderaan yang lalu sini memang laju, terutama pada sebelah malam.

“Pernah berlaku ada pemandu memperlaha­nkan kenderaann­ya dan berhenti, mungkin kerana mahu membayar tol walaupun ia sudah dimansuhka­n, menyebabka­n keretanya dilanggar dari belakang oleh pengguna lain yang memandu laju.

“Hampir 10 kejadian kemalangan berlaku selepas kutipan tol dimansuhka­n di plaza tol ini, namun semua mangsa hanya mengalami kecederaan tidak serius. Atas sebab itu ia tidak dihebahkan,” katanya.

Pasang papan tanda lebih besar

Azhari berkata, pihak berwajib perlu memasang papan tanda lebih besar, jelas dan boleh dibaca serta dilihat semua pengguna jalan raya dari kedua-dua arah.

“Papan tanda kena ada, kerana pengguna yang jarang melalui jalan ini mungkin terlupa bayaran tol di jalan ini sudah ditutup.

“Saya difahamkan papan tanda pemansuhan kutipan tol dan meminta pengguna berhati-hati akan dipasang dalam masa terdekat, tetapi saya tidak tahu bila,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia