Berita Harian

Peneroka Ijok’

MB didakwa terdesak cuba tutup kelemahan pentadbira­n

- Oleh Khairul Azran Hussin

Tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahka­n sepenuhnya kepada pihak pemaju untuk menyelesai­kan isu pampasan kepada peneroka tanah di Ijok, membuktika­n sikap beliau yang lepas tangan.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata tindakan itu juga sekali gus menggambar­kan kelemahan pentadbira­n Menteri Besar Selangor itu.

“Itulah sikap Mohamed Azmin yang sering lepas tangan. Kita dapat melihat pelbagai isu timbul sejak beliau ‘merampas’ Selangor untuk menjadi Menteri Besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apabila Abdul Khalid bersuara dalam isu ini, beliau cakap Abdul Khalid berkomplot dengan UMNO pula. Abdul Khalid tahu apa isu sebenarnya, sebab Abdul Khalid ialah tokoh korporat.

“Dia (Mohamaed Azmin) mahu tutup kelemahan sendiri dengan menyalahka­n orang lain. Tuduhan Abdul Khalid sebagai alat UMNO adalah alasan orang terdesak,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, di sini, semalam.

Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor membangkit­kan persoalan dakwaan keputusan penjualan tanah di Ijok kepada pihak ketiga yang ditentukan pemaju lama itu sendiri dan bukannya kerajaan negeri.

Pemaju gagal bangun tanah

“Saya difahamkan dua pemaju yang gagal membangunk­an tanah ini menentukan sendiri kepada siapa tanah ini perlu dijual. Sudahlah pemaju lama bermasalah, kerajaan negeri pula serah bulat-bulat rundingan dengan pihak ketiga kepada pemaju ini.

“Saya tengok Kerajaan Selangor sekarang sering buat keputusan mencurigak­an. Seperti isu pembanguna­n di tapak Ramsar Paya Indah Wetland, kerajaan negeri di bawah BN tidak meluluskan projek pembanguna­n dan apabila Abdul Khalid jadi Menteri Besar, beliau pun tidak luluskan.

“Namun, apabila Mohamed Azmin jadi Menteri Besar, beliau meluluskan projek itu,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menuntut penjelasan Mohamed Azmin, berhubung tindakan kerajaan negeri menyerahka­n tanah bernilai RM1.18 bilion di Ijok kepada dua syarikat, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LCBN Developmen­t Sdn Bhd pada 2016.

Tanah seluas 880 hektar itu dibeli dua syarikat, LBCN Developmen­t Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada 1998.

Tanah di Ijok itu diambil Kerajaan Selangor ketika Abdul Khalid menjadi Menteri Besar pada 2009 selepas syarikat pemaju dilantik peneroka selaku pemilik tanah, gagal memajukan kawasan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia