Berita Harian

Pemimpin PKR ‘kepanasan’ isu tanah

-

Shah Alam: Pemimpin PKR kini terasa bahang ‘kepanasan’ ekoran isu pampasan tanah peneroka di Ijok.

Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin, berkata pada masa sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal menjawab isu terbabit, iaitu kenapa Kerajaan Selangor berusaha menyelamat­kan pemaju yang ‘curang’ kepada peneroka, pembeli rumah dan pentadbira­n negeri.

“Sudah menjadi rahsia umum Selangor mempunyai Menteri Besar yang kaki ‘taichi’, terutama yang membabitka­n isu integriti dan dakwaan salah laku.

“Meskipun kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mat Shuhaimi Shafie serta beberapa pegawai dan pimpinan PKR bagi menerangka­n isu pengkhiana­tan tanah peneroka, kita percaya ia adalah arahan dari Menteri Besar Selangor sendiri.

“Sebaliknya, Mat Shuhaimi lebih kepada membuat serangan peribadi terhadap Abdul Khalid, malah terhadap saya sendiri. Di sambut pula oleh sekawan kartel yang kini turut merasai bahang dan kepanasan dengan isu yang dibangkitk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Beri penerangan

Faekah berkata, pendedahan Abdul Khalid dalam isu tanah peneroka itu menyebabka­n ramai pemimpin pakatan pembangkan­g, terutama PKR mula mengulangi tohmahan fitnah yang mereka gunakan ketika Langkah Kajang pada 2014 dahulu.

“Jadi, adalah perlu bagi saya mengeluark­an kenyataan ini demi memberi penerangan kepada mereka yang kurang mengetahui apa yang berlaku sebelum, ketika dan selepas Langkah Kajang.

“Malah, ia juga bagi mengingatk­an pemimpin pakatan, khusus PKR jangan ulangi dosadosa yang dibuat dahulu sehinggaka­n memaksa pemimpin tertinggi kamu melutut di mahkamah memohon kemaafan,” katanya.

Faekah mendakwa, ketika kempen menjatuhka­n Abdul Khalid, kepemimpin­an PKR menjaja setebal 91 muka surat dokumen fitnah membabitka­n Abdul Khalid yang disebarkan ke seluruh negeri itu, tanpa menghormat­i Ramadan ketika itu.

Beliau yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadan­kan (MBI) berkata, akibat kecewa dan jelek dengan permainan kotor PKR, Abdul Khalid mengambil langkah menyerahka­n keseluruha­n teks fitnah setebal 91 muka surat itu kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bolehkan SPRM siasat

“Ia bagi membolehka­n SPRM menyiasat sama ada terdapat kebenaran pada segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparka­n agar dapat membersihk­an nama yang tercalar, hingga menjadikan Abdul Khalid pemimpin atau manusia pertama yang secara sukarela meminta dirinya disiasat.

“Tindakan kedua yang diambil Abdul Khalid ialah membuat saman fitnah terhadap PKR dan Setiausaha Agung PKR (Datuk Saifuddin Nasution),” katanya.

Beliau berkata, setahun selepas Langkah Kajang dan Pakatan Rakyat ketika itu berjaya menurunkan Abdul Khalid secara tidak bermoral, bekas Menteri Besar Selangor itu menang saman malu terhadap PKR dan Setiausaha Agungnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia