Berita Harian

NIOSH diarah sedia kertas kerja Kabinet bincang tragedi

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahka­n Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyediaka­n kertas kerja Kabinet bagi menangani tragedi lemas di seluruh negara yang meragut banyak nyawa kebelakang­an ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kertas kerja itu akan dibentangk­an oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem kepada Jemaah Menteri untuk dibincangk­an.

“Langkah ini juga penyelesai­an jangka panjang, bukan saja di Pantai Timur, tetapi di seluruh negara dan dalam apa juga situasi, termasuk kes lemas membabitka­n pemancing,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan prapelanca­ran Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 dan Pameran Keselamata­n Antarabang­sa Asia (NATSEC) di sini, semalam.

Kelmarin, anggota Majlis Keselamata­n Aktiviti Air Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye, menuntut sebuah jabatan bertaraf penuh perlu dibentuk bagi merancang, menguatkua­sa, menyusun strategi dan melaksanak­an langkah pencegahan kejadian lemas di air.

Jumlah kematian di air Sungai Buloh,

Di Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman, berkata jumlah kehilangan nyawa membabitka­n kematian di air mencatat perkembang­an membimbang­kan.

Katanya, sejak Januari lalu hingga semalam, 12 kematian dilaporkan di Selangor.

“Sebanyak 10 kes membabitka­n mangsa menjalanka­n aktiviti di sungai, manakala dua kes di tali air. Tahun lalu, sebanyak 24 kes direkodkan,” katanya.

Azmi berkata, masyarakat perlu lebih peka dan serius dengan isu keselamata­n ketika berada di air.

“Jangan lakukan aktiviti air di sungai atau tali air, terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia