Berita Harian

Dua sahabat lemas di air terjun Berkelah

Mangsa bersama 12 rakan bercuti di pusat rekreasi

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Percutian 12 sahabat di Taman Eko Rimba Berkelah di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika mandi di tingkat tujuh air terjun itu, kelmarin.

Mayat Azfar Mohammad, ditemui pada jam 7.56 pagi semalam pada kedalaman 10 meter oleh pasukan penyelamat, manakala jasad Muhammad Shah Faris Shahrin dan Azfar Mohammad, ditemui sembilan minit kemudian pada kedalaman 12 meter.

Operasi mencari kedua-dua mangsa berusia 22 tahun dari Pandamaran, Selangor itu yang dilancarka­n sejak petang kelmarin.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, rakan mangsa, Muhammad Saiful Ikhmal Hamdan, 22, berkata mereka bertolak dari Pandamaran kirakira jam 7 pagi kelmarin dengan menaiki dua kereta.

Sejurus tiba pada jam 10 pagi di kawasan parkir pusat rekreasi itu, mereka bergerak ke tingkat tujuh air terjun berkenaan dengan meredah hutan dan pendakian kira-kira tiga jam.

Selepas tiba di kawasan itu, mereka bersiap untuk mandi di kawasan berkenaan.

“Kira-kira jam 3 petang saya lihat Shah Faris berenang di kawasan kolam air terjun itu sebelum dia secara tiba-tiba terkapai-kapai meminta pertolonga­n. Kami cuba membantuny­a namun gagal sebelum Azfar terjun dan cuba menyelamat­kannya.

Cuba selamatkan Shah Faris

“Bagaimanap­un, Azfar juga tidak timbul selepas cuba menyelamat­kan Shah Faris yang menyebabka­n kami menjadi cemas dan buntu sebelum semua naik ke permukaan,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.

Muhammad Saiful Ikhmal berkata, dia kemudian terpaksa keluar dari kawasan perkelahan bagi mendapatka­n isyarat telefon bimbit untuk menghubung­i pihak berkuasa.

Ketika dalam perjalanan turun ke kawasan parkir kenderaan, dia dapat menghubung­i pihak berkuasa dan memaklumka­n kejadian berkenaan.

“Ini pertama kali kami ke sini selepas mendapati air terjun ini adalah popular,” katanya.

Seorang lagi rakan mangsa, Mohd Zulfazlin Mohd Aliyas, 21, berkata seorang rakan mereka nyaris lemas ketika cuba menyelamat­kan mangsa tetapi sempat ditarik keluar beberapa rakan lain.

“Ketika kejadian semua berada di sekitar kolam air terjun itu...keadaan berlaku dengan pantas yang menyebabka­n kami panik dan cuba menyelamat­kan mereka tanpa menyedari risiko kepada diri kami,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.11 petang kelmarin.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat dilancarka­n membabitka­n pasukan penyelamat di air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, dengan dibantu polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA PAHANG] ?? Muhammad Shah Faris dan Azfar lemas ketika berkelah bersama rakan di Taman Eko Rimba Berkelah, Kuantan.
[FOTO IHSAN BOMBA PAHANG] Muhammad Shah Faris dan Azfar lemas ketika berkelah bersama rakan di Taman Eko Rimba Berkelah, Kuantan.
 ??  ?? Muhammad Shah Faris Shahrin
Muhammad Shah Faris Shahrin
 ??  ?? Azfar Mohammad
Azfar Mohammad
 ??  ?? Bapa Azfar, Mohammad Chek Din, (kiri) tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui anak lemas di kawasan Taman Eko Rimba Berkelah.
Bapa Azfar, Mohammad Chek Din, (kiri) tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui anak lemas di kawasan Taman Eko Rimba Berkelah.
 ??  ?? Adik mangsa, Azwan Mohammad (dua dari kanan) ditenangka­n rakannya.
Adik mangsa, Azwan Mohammad (dua dari kanan) ditenangka­n rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia