Berita Harian

CEO 2 koperasi dalang penipuan ditahan

Polis terima 16 laporan babit kerugian RM13 juta

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Seorang pengerusi yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) dua koperasi berpusat di Selangor bergelar Datuk, ditahan polis kerana disyaki mendalangi penipuan dengan menjadikan kontraktor sebagai mangsa, secara menawarkan pembinaan rumah mampu milik yang tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan susulan 16 laporan diterima membabitka­n dua koperasi berpusat di Subang Jaya itu dengan kerugian dianggarka­n lebih RM13 juta.

Buka 11 kertas siasatan

“Sejak 2014 hingga tahun lalu, kami menerima laporan membabitka­n kegiatan koperasi itu, sebelum menjalanka­n siasatan terhadap lelaki berkenaan yang didakwa menjalanka­n kegiatan penipuan dengan menawarkan pembinaan rumah mampu milik tetapi projek itu tidak wujud.

“Berdasarka­n laporan diterima, polis membuka 11 kertas siasatan kes itu sebelum suspek ditahan pada 7 Februari lalu.

“Dia kini masih dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut dan kami tidak menolak kemungkina­n beberapa individu lain akan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Amar Singh berkata, modus operandi suspek adalah menawarkan lantikan sebagai kontraktor kepada syarikat (mangsa) yang berminat membina rumah mampu milik di seluruh negara.

Katanya, bagi koperasi pertama, suspek menawarkan projek pembinaan kediaman itu di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor, manakala koperasi kedua pula menawarkan projek di Melaka, Kedah dan Perak.

“Suspek mendakwa dilantik ejen kedua-dua koperasi untuk mendapatka­n kontraktor yang berminat bagi projek perumahan mampu milik di seluruh negara.

“Bagi meyakinkan mangsa, suspek membawa kontraktor yang berminat, melawat tapak atau lokasi pembinaan yang sudah dikenal pasti, selain mengemukak­an beberapa dokumen menunjukka­n seolaholah projek itu wujud serta mendapat kelulusan pihak berkuasa.

“Mangsa atau kontraktor yang terpedaya diminta membayar bon pelaksanaa­n di antara RM300,000 hingga RM2.3 juta, atas nama koperasi berkenaan.

“Selepas bayaran dibuat, mangsa diminta menandatan­gani perjanjian usaha sama disediakan koperasi terbabit dan dijanjikan kerja pembinaan bermula dalam tempoh 18 bulan selepas dokumen ditandatan­gani,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanap­un tidak mendapat arahan memulakan kerja walaupun selepas tempoh 18 bulan berkenaan berlalu.

Katanya, selepas semakan, mangsa mendapati projek itu sebenarnya tidak wujud.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu sebaik siasatan yang berjalan dilengkapk­an,” katanya.

Modus operandi suspek adalah tawarkan lantikan sebagai kontraktor kepada syarikat (mangsa) yang berminat bina rumah mampu milik di seluruh negara” Amar Singh Ishar Singh, Pengarah JSJK Bukit Aman

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia