Berita Harian

Imigresen tahan lelaki Pakistan terbabit sindiket dokumen palsu

-

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen malam kelmarin, menahan seorang lelaki warga Pakistan yang terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen dengan menyasarka­n warga asing yang tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.

Lelaki terbabit mengaut keuntungan dengan mengenakan caj RM200 bagi khidmat ‘pas khas’ untuk tempoh 30 hari, manakala bayaran RM100 bagi cop keselamata­n keluar masuk di pintu masuk utama negara.

Kegiatan sindiket pemalsuan dokumen yang aktif sejak lebih setahun lalu itu membolehka­n warga asing tinggal lebih lama di negara ini tanpa perlu berurusan dengan Imigresen.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dan seorang wanita, semuanya dipercayai adikberadi­k kepada lelaki Pakistan berkenaan.

Beliau berkata, mereka ditahan di sebuah premis di Seri Gombak, Selangor, pada jam 8 malam ketika lelaki Pakistan terbabit sedang berurusan dengan seorang pelanggan.

Temui cop keselamata­n

Katanya, pemeriksaa­n pada badan suspek menemui cop keselamata­n keluar masuk palsu, cop keselamata­n Singapura, cop nama pegawai kanan Imigresen, beberapa pasport antarabang­sa, pelekat keselamata­n (PLKS) dan salinan ‘pas khas’ disyaki bagi pemalsuan dokumen.

“Aktiviti pemalsuan ini dipercayai didalangi lelaki Pakistan berusia 26 tahun itu yang aktif sejak lebih setahun lalu.

“Suspek yang menetap di Malaysia menggunaka­n Pas Tanggungan hanya akan berurusan dengan pelanggan dikenali di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mustafar berkata, hasil siasatan awal mendapati cop keselamata­n Imigresen berkenaan pada mulanya dimiliki seorang suspek warga tempatan yang kemudianny­a dijual kepada suspek dengan harga RM1,000 setiap satu.

“Suspek berkenaan dipercayai terbabit dengan rantaian aktiviti pemalsuan PLKS yang dikeluarka­n Imigresen, selain mempunyai rangkaian pelanggan dari Pakistan, India, Filipina dan Nigeria berdasarka­n beberapa pasport ditemui di bilik utama.

“Lelaki Pakistan itu akan disiasat mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) iaitu membuat atau memalsukan atau meminda suatu dokumen untuk digunakan sebagai visa, permit, pas atau kelayakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia