Berita Harian

Suspek kes dera pembantu rumah, bayi didakwa

-

Bukit Mertajam: Tiga suspek membabitka­n dua kes dera sehingga menyebabka­n kematian pembantu rumah Indonesia dan bayi berusia 46 hari di sini, minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata polis sudah mendapat arahan Pejabat Peguam Negara di Putrajaya semalam untuk mendakwa suspek terbabit dalam dua kes itu.

“Kami menyerahka­n kertas siasatan dua kes itu kepada Pejabat Peguam Negara hari ini (semalam) dan selepas perbincang­an, mereka (Pejabat Peguam Negara) mengarahka­n polis mendakwa mereka terbabit dalam kejadian itu esok (hari ini).

Tiga didakwa dua kes berbeza

“Dua wanita didakwa berhubung kes pembantu rumah, manakala seorang lelaki didakwa berhubung kes dera bayi,” katanya, semalam.

Pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisio, 28, yang parah termasuk luka dan lebam pada badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada jam 4.45 petang 11 Februari lalu.

Adelina ditemui kira-kira jam 8 malam 10 Februari selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Lim dan menahan sepasang adikberadi­k sebelum menahan ibu mereka iaitu majikan mangsa bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada Khamis lalu pula, seorang bayi, Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus, berusia 46 hari, meninggal dunia kira-kira jam 10.45 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya.

Laporan bedah siasat ke atas mayatnya mendapati bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak, selain terdapat banyak kecederaan lebam, luka dan calar di badan.

Berikutan itu, polis menahan sepasang suami isteri yang juga ibu bapa bayi berkenaan dan mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Nik Ros Azhan berkata, bagi kes dera membabitka­n pembantu rumah, wanita berusia 60 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, manakala anak perempuann­ya berusia 36 tahun didakwa mengikut Akta Imigresen kerana memberi perlindung­an kepada rakyat asing.

Beliau berkata, bapa Nurul Ain Umairah yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala ibunya berumur 26 tahun dibebaskan dengan jaminan polis serta dijadikan saksi pendakwaan

 ??  ?? Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid
Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia