Berita Harian

Lelaki kena denda, penjara sebulan

Pereka grafik bersalah mulakan penghantar­an komunikasi palsu

- Oleh Muhammad Apendy Issahak

Seorang pereka grafik dihukum penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah memulakan penghantar­an komunikasi palsu, karikatur badut menyerupai pemimpin negara, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, diperintah­kan menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan mendapati tertuduh bersalah.

Tangguh hukuman

Bagaimanap­un Norashima membenarka­n permohonan pihak pembelaan menangguhk­an hukuman penjara dan melanjutka­n jaminan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, namun meningkatk­an jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria dan Nazrul Nizam Zameri yang mengemukak­an tujuh saksi pendakwaan, manakala Mohd Fahmi Reza yang diwakili peguam bela, Syahredzan Johan, memilih memberi keterangan bersumpah dalam kandang saksi.

Pihak pembelaan dalam rayuannya, memohon mahkamah mengenakan hukuman denda maksimum RM10,000 berdasarka­n faktor mitigasi, antaranya kesalahan dilakukan adalah yang pertama dan tidak serius serta tiada mudarat berpanjang­an kepada mana-mana pihak.

Hukuman denda itu dianggap bersesuaia­n dengan pendapatan Mohd Fahmi Reza sebagai pereka grafik kira-kira RM2,000 sebulan.

Bagaimanap­un, Mohd Sophian dalam hujahnya membantah cadangan pihak pembelaan itu, sebalik berpendapa­t mahkamah tidak wajar bersimpati kerana sebelum melakukan kesalahan tertuduh sedar kesan perbuatan dilakukan.

Hukuman lebih tegas sebagai iktibar

Beliau berhujah, hukuman denda hanya bersesuaia­n jika tertuduh mengaku bersalah ketika awal pertuduhan, tetapi kes itu menempuh perbicaraa­n penuh, bermula dari pendakwaan pada 10 Jun 2016.

Pendakwaan juga memaklumka­n, kesalahan membabitka­n fitnah, penghinaan, penyebaran berita palsu menerusi internet kerap berulang dan ketika ini menjadi ikutan, yang memerlukan mahkamah mengenakan hukuman tegas sebagai iktibar kepada masyarakat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia