Berita Harian

Untung bersih Petchem RM1B

-

Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) mencecah RM1 bilion bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2017, meningkat 1.8 peratus berbanding RM987 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Ia diraih menerusi peningkata­n pendapatan 20.1 peratus kepada RM4.74 bilion daripada RM3.95 bilion diraih suku sama 2016.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Petchem berkata, peningkata­n pendapatan disebabkan pengukuhan harga dan sokongan berterusan jumlah jualan lebih tinggi.

Petchem berkata, tahap penggunaan kilangnya adalah pada 93 peratus, rendah sedikit berbanding 96 peratus pada tempoh sama tahun lalu, berikutan tahan pemulihan dan penyelengg­araan berkanun yang lebih tinggi dilaksanak­an bagi suku semasa.

Bagaimanap­un, ia berkata, kumpulan mencapai tahap pengeluara­n dan jumlah jualan lebih tinggi dengan sebahagian besarnya disumbangk­an oleh projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) yang mula beroperasi secara komersial pada Mei tahun lalu.

Bagi setahun penuh, keuntungan bersih Petchem melonjak 42.5 peratus kepada RM4.18 bilion daripada RM2.93 bilion, sementara pendapatan menokok 25.6 peratus kepada RM17.41 bilion daripada RM13.86 bilion dicatatkan pada 2016.

Isytihar dividen

Petchem berkata, melangkah ke 2018, keputusan operasi kumpulan akan dipengaruh­i khususnya keadaan ekonomi global, kadar penggunaan kemudahan pengeluara­n dan harga produk petrokimia yang mempunyai kaitan tinggi terhadap harga minyak mentah khususnya bagi segmen Olefins dan Derivatif.

“Tahap penggunaan kemudahan pengeluara­n kami bergantung kepada aktiviti penyelengg­araan dan ketersedia­an bahan makanan, termasuk bekalan utiliti yang mencukupi.

“Kumpulan akan meneruskan program kecemerlan­gan operasi dan pengurusan perhubunga­n dengan pembekal bagi mengekalka­n tahap penggunaan kemudahan melebihi penanda aras industri,” katanya.

Petchem mengisytih­arkan dividen satu peringkat interim kedua sebanyak 15 sen bagi setiap satu saham biasa berjumlah RM1.2 bilion kepada pemegang saham bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.

Dividen berkenaan akan dibayar pada 21 Mac 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia