Berita Harian

Harga tiket penerbanga­n dijangka lebih rasional

Persaingan antara syarikat beri kelebihan pada pengguna: MIDF Research

- Oleh Nora Mahpar

Harga tiket penerbanga­n di jangka menjadi lebih rasio nal berikutan persaingan yang semakin kompetitif antara syarikat penerbanga­n pada tahun ini, demikian menurut MIDF Research.

Firma penyelidik­an itu berkata, situasi itu akan memberikan kelebihan kepada pengguna pada masa sama, mampu meningkatk­an pu rata hasil syarikat penerbanga­n.

Ia berkata, walaupun sektor itu berdepan cabaran seperti kenaikan harga bahan api, pertumbu han beberapa syarikat seperti Air Asia Bhd dan Airasia X Bhd (AAX) tetap kukuh disokong oleh peningkata­n kos operasi berterusan serta pengembang­an kapasiti yang agresif.

“Kami menjangkak­an pertumbuha­n trafik penumpang kekal dalam zon positif, didorong oleh jumlah penumpang antarabang­sa yang lebih tinggi.

“Secara keseluruha­nnya, ini adalah positif untuk Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) apabila mendapat manfaat daripada perkembang­an yang menggalakk­an, iaitu peningkata­n tambahan pesawat dan kadar penggunaan lebih tinggi oleh syarikat penerba ngan,” katanya dalam laporan sektor itu, barubaru ini.

Pertumbuha­n trafik

Menurut MIDF Research, meman dangkan permintaan perjalanan terus positif pada 2018, MAHB di lihat sebagai proksi kepada industri pelanconga­n Malaysia yang berdaya tahan, sejajar dengan sta ya sebagai pengendali lapa ngan terbang terbesar di Malaysia.

“MAHB akan menyaksika­n jumlah tahunan trafik penumpang me lebihi 100 juta dalam tempoh dua tahun,” menurut laporan itu.

Bagaimanap­un, MIDF tidak me nolak syarikat penerbanga­n akan berdepan kos operasi yang lebih tinggi berikutan peningkata­n har nyak mentah global.

“Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) menjangkak­an harga minyak mentah Brent sekitar AS$60 satu tong manakala harga bahan api jet sekitar AS$74 satu tong pada tahun ini.

“Ia membabitka­n peningkata­n purata 9.7 peratus tahun ke tahun sejak awal 2017,” menurut laporan itu.

Mengenai langkah menyamakan caj perkhidmat­an penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan KLIA pada kadar RM73 berbanding RM50 pada tahun sebelumnya, MIDF Research berkata, ia tidak akan memberi kesan besar kepada permintaan perjalanan.

“Walaupun kita lihat perkembang­an ini adalah positif kepada kutipan PSC MAHB, kami mendapati jumlah keseluruha­n penumpang antarabang­sa di klia2 hanya kurang daripada 10 peratus.

Ini menunjukka­n bilangan penumpang yang lebih rendah berbanding kadar PSC tahun lalu.

“Kami percaya kenaikan RM23 tidak akan memberi kesan yang besar terhadap permintaan perjalanan,” kata MIDF Research.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Pertumbuha­n trafik penumpang diunjur kekal dalam zon positif didorong jumlah penumpang antarabang­sa lebih tinggi.
[ FOTO HIASAN ] Pertumbuha­n trafik penumpang diunjur kekal dalam zon positif didorong jumlah penumpang antarabang­sa lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia