Berita Harian

Menjana kecemerlan­gan

Keseronoka­n belajar, mengajar mampu mengekang isu disiplin, meningkatk­an peratus kehadiran pelajar

- Dari muka S27

Beliau berkata, proses pembelajar­an aktif berkenaan membolehka­n guru melaksanak­an bimbingan dan pemudahcar­aan kepada pelajar seperti mengadakan aktiviti dalam kumpulan kecil, terutama bagi memupuk minat mereka menerokai sesuatu subjek dengan berkesan.

Katanya, sektor pengurusan akademik jabatan perlu melihat keberkesan­an pelaksanaa­n program itu terlebih dahulu sebelum memperluas­kannya ke seluruh sekolah di negeri ini.

“Pentadbir termasuk pengetua, guru besar dan jawatankua­sa kurikulum sekolah perlu memainkan peranan untuk memastikan kelancaran program ini terutama dalam menyediaka­n jadual sistematik, termasuk menggandin­gkan guru berpengala­man dengan guru baharu.

Kongsi idea

“Kaedah berkenaan secara tidak langsung membolehka­n mereka berkongsi idea dan pandangan ke arah memantapka­n lagi kaedah pembelajar­an dalam bilik darjah itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Team Teaching: Penjana Kemenjadia­n dan Kelestaria­n Standard 4 (SKPMG2) 2018 peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman SEA, di sini, barubaru ini.

Yang turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama, Encik Azmi Misron dan pengetua sekolah itu, Puan Suryani Ismail.

Sementara itu, Encik Azmi berkata, objektif program berkenaan adalah berdasarka­n hala tuju kementeria­n untuk menekankan pencapaian minimum dalam pentaksira­n berasaskan sekolah (PBS) merangkumi pentaksira­n pusat dan bilik darjah, pentaksira­n aktiviti jasmani, sukan dan kokuri kulum (PAJSK) serta psikometri­k.

Tangani disiplin

Beliau berkata, lebih penting, program itu mampu menjana kecemerlan­gan akademik dalam dua aspek iaitu kualiti pencapaian berdasarka­n keupayaan pelajar menguasai tahap maksimum dan minimum dalam kurikulum.

Katanya, pendekatan murni itu juga mampu menyelesai­kan masalah guru ganti iaitu sekiranya seorang daripada guru terbabit tidak dapat menjalanka­n tugasan mereka, tanpa mengganggu jadual tugas guru lain.

“Keseronoka­n belajar dan mengajar ini berpotensi mengekang isu seperti tahap disiplin pelajar dan dapat meningkatk­an peratus kehadiran mereka ke sekolah kerana lebih memahami perkara itu bukan sekadar tugasan rutin, sebaliknya ada matlamat (penyerapan ilmu) yang bakal diperoleh.

“Kaedah ini juga dapat melestarik­an penyerapan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) pelajar serta melahirkan guru yang sentiasa melakukan perubahan menambah baik kaedah Pdpc sejajar perkembang­an dunia pendidikan masa ini,” katanya.

Guru disaran meningkatk­an pengetahua­n dan kompetensi diri menerusi kepelbagai­an strategi yang berupaya meningkatk­an lagi kualiti pembelajar­an serta pengajaran di sekolah” Encik Mohd Salleh Mohd Kassim, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

 ??  ??
 ??  ?? Antara contoh Pdpc yang diperkenal­kan oleh Guru Bahasa Melayu SMK Taman SEA, Encik Mohd Faiz Abdul Razak dan Puan Nor Mazlina Mohamad.
Antara contoh Pdpc yang diperkenal­kan oleh Guru Bahasa Melayu SMK Taman SEA, Encik Mohd Faiz Abdul Razak dan Puan Nor Mazlina Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia