Berita Harian

Usaha memantapka­n teknik mengajar

-

Petaling Jaya: Pengajaran Berpasukan mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga pendidik, terutama untuk berkongsi idea dan pandangan ke arah memantapka­n teknik serta kaedah pengajaran sesuatu subjek.

Pengetua SMK Taman SEA, Puan Suryani Ismail, berkata program baharu itu berupaya direalisas­ikan sebaiknya dengan menggandin­gkan guru senior dan junior dalam sesebuah mata pelajaran di dalam kelas.

Beliau berkata, menerusiny­a, pendidik berpengala­man dapat menumpukan aspek teori dan pengajaran kepada pelajar secara menyeluruh sambil dibantu oleh seorang guru yang berkemahir­an dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) serta teknologi dan komunikasi maklumat (ICT).

“Kaedah ini dapat mewujudkan suasana persekitar­an positif dalam kalangan guru itu sendiri kerana mereka boleh duduk bersamasam­a membincang­kan mekanis me terbaik untuk menggalakk­an keseronoka­n mempelajar­i sesuatu topik mata pelajaran,” katanya.

Maklum balas positif

Sebagai permulaan, sebanyak 10 kelas terbabit dalam pelaksanaa­n Pengajaran Berpasukan itu diperkenal­kan di sekolah itu membabitka­n subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Puan Suryani berkata, program yang mendapat maklum balas positif daripada pelajar itu dilaksa nakan secara berperingk­at dan pemantauan berterusan dilakukan dari semasa ke semasa.

“Kaedah pengajaran ini sangat sesuai untuk pelajar yang memerlukan perhatian yang lebih.

“Selain itu, perancanga­n turut membabitka­n menempatka­n guru berpotensi dengan guru baharu supaya mereka boleh saling membantu dan melengkapi, sekali gus memastikan sesi pembelajar­an dan pemudahcar­aan (Pdpc) yang menyeronok­kan,” katanya.

 ??  ?? Puan Suryani Ismail
Puan Suryani Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia