Berita Harian

OPPO F5 untuk hari istimewa

Penampilan warna baharu masih kekal spesifikas­i dalaman

- Oleh Alzahrin Alias dan Nora Mahpar

Selepas mendapat sambutan yang menggalakk­an menerusi model OPPO F5 sebelum ini, kini firma teknologi dari China itu meneruskan kejayaan model berkenaan dengan memperkena­lkan OPPO F5 dengan warna baharu, Dashing Blue.

Masih mengekalka­n spesifikas­i dalaman yang sama, pengenalan warna baharu itu bersempena dengan sambutan Hari Kekasih.

OPPO F5 masih mengekalka­n ciri kamera belakang dengan ban tuan kecerdasan buatan (AI) yang membantu pengguna mengetahui minda orang sekeliling.

Terkenal dengan peranti pakar swafoto, teknologi AI juga membolehka­n rakaman gambar nampak lebih sempurna seakan diambil menggunaka­n kamera profesiona­l.

OPPO F5 Dashing Blue tidak lengkap tanpa kamera 20 Megapiksel di depan dan 16 Megapiksel di belakang dengan teknologi bokeh yang akan mengaburka­n latar belakang.

Pra tempahan dibuka

Dengan paparan skrin 6 inci HD penuh, ia turut dipadankan dengan bateri 3,200mah yang menyokong sehingga 12 jam waktu penggunaan.

Pra tempahan dibuka sehingga 10 Februari lalu menerusi kedai konsep OPPO atau platfom edagang Lazada, 11street, dan Shopee.

Peranti biru ini dijual pada harga RM1,298 seunit, harga yang sama seperti model OPPO F5 versi sebelumnya.

Sempena Hari Kekasih, pembeli juga akan menerima hadiah eksklusif sarung telefon pintar edisi istimewa kristal Swarovski untuk 500 pelanggan pertama.

Pembeli juga ditawarkan perkhidmat­an ukiran laser untuk nama di bahagian belakang sarung istimewa ini.

 ??  ??
 ??  ?? OPPO F5 Dashing Blue sempena sambutan Hari Kekasih.
OPPO F5 Dashing Blue sempena sambutan Hari Kekasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia