Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah jatuh merudum semalam berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan aktiviti mengambil untung.

Sementara niaga hadapan minyak mentah AS meningkat, sekali gus menjadikan diskaun antara kedua-dua kontrak niaga hadapan utama itu kepada paras rendah dalam tempoh enam bulan.

Kontrak niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 73 sen daripada penutup kelmarin kepada AS$64.94 satu tong pada 1017 GMT, sementara kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) meningkat 20 sen berbanding penutup pada Jumaat lalu AS$61.88 satu tong.

“Penguranga­n bekalan dari Kanada ke AS menyokong WTI,” kata peniaga.

Brent didagangka­n pada premium kurang daripada AS$3 satu tong, jatuh daripada paras lebih AS$7 pada permulaan tahun ini.

Premium yang mengecil antara Brent dan WTI itu menandakan ia juga kurang menarik bagi pengguna di barat laut Eropah untuk mengimport minyak mentah AS, terutama de kilang penapis menjalanka­n penyelengg­araan.

Premium untuk gred North Sea tempatan berada pada paras terendah beberapa bulan.

Kekangan logistik di AS juga menyebabka­n harga bagi gred serantau menyimpang.

“Minyak mentah yang kurang diangkut dari Ka nada ke Cushing berikutan kapasiti terhad saluran paip Keystone. Di samping itu, kapasiti saluran paip baharu bermakna lebih banyak minyak mentah meninggalk­an Cushing,” kata penganalis­is Commerzban­k dalam nota penyelidik­annya.

“Light Louisiana Sweet, rujukan untuk minyak setandingn­ya di Pantai Teluk AS, meskipun dengan kos hanya lebih AS$2 berbanding WTI.

“Oleh itu, ia tidak ber mak untuk pe napisan di Pantai Teluk untuk membeli WTI dari Cushing - sememangny­a ia tidak cekap kos jika jurang harga terus mengecilka­n lagi,” katanya.

Minyak mentah Light Sweet Louisiana diniagakan pada harga premium sekitar AS$2 satu tong kepada WTI, jatuh daripada hampir AS$5 sebulan yang lalu.

Secara keseluruha­nnya, pasaran minyak terus di sokong oleh sekatan be lan oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC), yang bermula tahun lalu untuk mengurangk­an lebihan inventori global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia