Berita Harian

7,000 majikan mencarum SIP

Skim bantuan RM600 ringan beban pekerja diberhenti

- Oleh Nor Farhani Che Ad bhnews@bh.com.my

Kira-kira 7,000 daripada 30,000 majikan membuat caruman dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Kedah, Mamsor Abdul Manaf, berkata skim caruman itu bukan satu beban kepada majikan, tambahan pula kadar carumannya rendah berbanding negara lain yang melaksanak­an SIP.

“Caruman ini bertujuan meringanka­n beban yang ditanggung pekerja untuk mereka meneruskan hidup sebelum mendapat pekerjaan baharu.

“Caruman ini adalah terendah jika dibandingk­an caruman di negara lain yang melaksanak­an SIP, iaitu pada kadar 0.2 peratus oleh pekerja dan 0.2 peratus oleh majikan,” katanya.

Beliau berkata selepas menyampaik­an bayaran bantuan interim SIP 2018 kepada 20 penerima di pejabat PERKESO, di sini, semalam.

Mamsor berkata, berdasarka­n perangkaan terkini, sebanyak 110 permohonan interim di Kedah dan 72 pemohon sudah menerima bantuan.

Peruntukan RM136 juta

“Kerajaan memperuntu­kkan RM136 juta sebagai bantuan bayaran interim SIP kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018 melalui Program Bayaran Bantuan Interim dan Program Penempatan Pekerjaan Semula pada tahun 2018 (BIPPPS).

“Individu yang hilang pekerjaan akibat pemberhent­ian pekerjaan layak menerima bantuan interim SIP RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan,” katanya.

Caruman ini bertujuan meringanka­n beban yang ditanggung pekerja untuk mereka meneruskan hidup sebelum mendapat pekerjaan baharu” Mamsor Abdul Manaf, Pengarah PERKESO Kedah

 ?? [FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] ?? Mamsor (lima dari kiri) bersama penerima bantuan interim SIP 2018, di pejabat PERKESO, Sungai Petani, semalam.
[FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] Mamsor (lima dari kiri) bersama penerima bantuan interim SIP 2018, di pejabat PERKESO, Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia