Berita Harian

ENOT SUSUT

Nafi buang usus untuk kurus

- Oleh Zaidi Mohamad

Tidak habis-habis pelawak dan pelakon, Enot atau nama penuhnya, Aliza Abdullah disindir selepas tampil dengan susuk tubuh baharu.

Kejayaan Enot mengurangk­an kira-kira 40 kilogram (kg) berat badannya menjadi topik hangat. Bermacam-macam tuduhan dilemparka­n seperti menjalani prosedur menyedut lemak dan memotong usus sehingga berat badannya menyusut kepada 89kg.

Pernah menderita sakit kanser usus namun pulih sepenuhnya, Enot reda biarpun terus disindir kononnya mengambil jalan mudah untuk mengurangk­an berat badan.

“Saya tahu ada yang pertikai dan buat bermacam-macam tuduhan apabila saya mengurangk­an berat badan.

“Tapi tidak berlaku seperti apa yang disangka... Saya jenis fobia dengan objek tajam, apatah lagi jarum yang hendak disuntik di sana sini.

“Lagipun, saya bukan jenis manusia yang berpegang kepada prinsip beauty is pain (sanggup sakit demi cantik). Memang tiada dalam hidup saya. Kalau teknik solekan untuk tampak kurus, memang boleh menampakka­n muka runcing.

“Seperkara lagi, teknik suntingan gambar pun boleh menampakka­n kita kurus. Namun, saya tak buat semua itu, kalau tak percaya, tengoklah saya secara berdepan,” katanya kepada HIP.

Dedah Enot, apa yang diamalkan adalah mengambil produk pelansinga­n badan jenama Lemonex dan menjadi duta selama setahun.

“Saya juga menjadi stokis. Sudah lapan bulan saya amalkan produk berkenaan,” katanya.

Bercerita pengalaman­nya berjuang melawan penyakit kanser usus, Enot memberitah­u, ketika itu tubuhnya mengalami perubahan yang disifatkan bagai ‘dipam-pam’.

“Ketika sakit, badan saya tidak menyusut. Jadi tidak benar saya kurus disebabkan sakit. Tubuh ‘mengembang’ ketika sakit kerana banyak mengambil ubat.

“Sekarang apabila sudah tidak mengambil ubat dan penyakit pulih, saya hanya mengamalka­n produk pelansinga­n badan. Saya makin sihat dan lemak juga dapat dikurangka­n,” katanya.

Malah, wanita berstatus ibu tunggal kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina ini meletakkan sasaran untuk mengurangk­an lagi berat badannya.

“Sasaran saya tahun ini adalah mahu mencapai 75kg sebelum bulan April atau Mei depan... Saya yakin mampu melakukann­ya, insya-allah,” katanya optimis.

Che Ta jadi idola

Seiring dengan usia yang bakal menginjak 40 tahun, Enot berkata, dia selesa dengan gaya lembut kewanitaan. Tidak hairanlah, Enot menjadikan pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan sebagai idola.

“Imej saya dengan kasut jenama Dr Martens atau funky sudah berakhir. Sudah-sudahlah begitu. Sudah hendak mencecah 40 tahun kenalah tukar jadi matang sedikit.

“Sekalipun bergaya seperti wanita lain, namun perangai ‘gilagila’ masih ada. Saya cuba beralih angin menyuntik elemen baru,”.

Terus bercerita, Enot mengaku terpikat dengan gaya Rozita atau Che Ta.

“Saya selalu tengok Che Ta bergaya dan berpakaian. Dia suka pakai baju cantik.

“Dalam perniagaan pun Che Ta berjaya... Segala segi dia okay. Saya hendak jadi seperti dia. Dahulu ketika badan berisi, memang tiada keyakinan diri. Saya jadi kecil hati dan mudah merendah diri,” katanya.

Namun, kata Enot, semua perasaan negatif sudah hilang.

“Saya bagai menjadi jelmaan baharu. Saya kena ubah gaya penampilan menjadi lebih class biarpun tidak menggayaka­n barangan mewah dan berjenama.

“Sekarang kalau berjalan pun, ramai yang tegur. Mungkin dulu saya selekeh,” katanya.

Teater muzikal buka jalan

Selepas ‚menghilang‘ selama beberapa tahun, Enot mengaku dia kurang menerima tawaran berlakon. Kali terakhir Enot beraksi adalah dalam drama Bibik Bibikku yang disiarkan TV3, kira-kira dua tahun lalu.

Namun, berkongsi berita gembira, Enot memberitah­u, sutradara Erma Fatima, baru-baru ini menawarkan dia berlakon projek teater muzikal biarpun hanya untuk slot tunggal pada 21 Januari lalu.

“Teater muzikal #Youcanduit, Pemangkin Pendapatan Digital dipentaska­n di Istana Budaya. Ini percubaan pertama saya berlakon teater di pentas berprestij itu.

“Saya sangat teruja. Saya harap selepas ini membuka jalan untuk saya berlakon drama pula. Saya

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN ] ?? Enot
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN ] Enot

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia