Berita Harian

‘Anak penyelamat saya’

Ditimpa ujian sakit nanah payudara, Ezzaty Abdullah percaya Harum Dalia bawa rezeki

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Kata-kata mungkin tidak cukup menggambar­kan trauma dilalui aktres, Ezzaty Abdullah yang baru-baru ini menjalani pembedahan membuang ketulan pada payudara akibat penyakit

Breast Abscess atau nanah payudara. Tambah menguji, kesakitan memuncak selepas hampir dua bulan Ezzaty melahirkan anak sulungnya, Harum Dalia. Dikejarkan lagi ke hospital, itulah kali kedua sepanjang hayatnya, Ezzaty dimasukkan ke wad selepas melahirkan Harum.

Berkongsi pengalaman­nya bertarung dengan penyakit nanah payudara, Ezzaty mengaku banyak belajar daripada kesakitan ditanggung apatah lagi baru bergelar ibu.

“Apa yang berlaku banyak membuka mata saya... Diri ini jadi lebih beringat.

“Saya mahu berpesan kepada wanita, sebelum bersalin atau jika pertama kali menjadi ibu dan mahu mendapatka­n lagi anak, tambahlah ilmu berkaitan termasuk perihal penyusuan badan dan keibubapaa­n.

“Kita mesti kena belajar. Ia tidak semudah yang dilihat.

“Sebelum ini, saya fikir ketulan yang dirasakan adalah perkara kecil yang boleh hilang secara urut atau mengamalka­n petua orang tua. Hakikatnya, makin dibiarkan, ia makin teruk... Hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya,” katanya kepada HIP.

Bawa hikmah

Terus bercerita, Ezzaty berkata, kesakitann­ya mencapai kemuncak selepas tiga minggu menyerang.

“Ketika itu, saya tidak tahan sangat. Kebetulan, saya berada di Singapura kerana menghadiri sebuah acara.

“Selepas dinasihatk­an ramai orang termasuk suami, saya akur perlu masuk ke hospital sekali lagi,” katanya.

Ezzaty berkata, apa yang berlaku membawa hikmah dan pengajaran besar dalam hidupnya.

“Disebabkan itulah saya berpesan, wanita yang mahu berkahwin termasuk ibu dan bakal ibu pergilah tuntut ilmu berkaitan hal kewanitaan. Jangan jadi macam saya, apabila sudah kena, barulah hendak tersentak,” katanya.

Wanita yang mahu berkahwin termasuk golongan ibu dan bakal ibu pergilah tuntut ilmu berkaitan hal kewanitaan. Jangan jadi macam saya, apabila sudah kena, barulah hendak tersentak” Ezzaty Abdullah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia