Berita Harian

Tak percaya orang lain asuh anak

-

Di sebalik ujian ditempuhi, Ezzaty percaya ada rahmat termasuk rezeki anak tercinta.

“Memang betul, selama ini saya hanya mendengar hal rezeki anak. Kali ini, saya lalui sendiri. Memang Harum pembawa rezeki dalam hidup kami. Selepas dia lahir, pelbagai tawaran saya dapat... Rasa macam magis.

“Malah, ketika mengandung, ramai orang jadi suka dekat saya. Bayangkan, gambar saya hamil mengumpul ‘like’ yang tinggi di Instagram. Sama juga ketika saya sedang berpantang pun. Saya jadi lebih disukai dan disayangi,” katanya.

Ezzaty berkongsi, sejak hamil enam bulan hingga hari ini, banyak hadiah dihantar pelbagai pihak termasuk peminat ke rumah.

“Saya terima banyak barangan bayi seperti baju, aksesori dan tilam. Hinggakan saya tak perlu keluarkan duit untuk membeli. Jadi, duit yang ada dapat digunakan untuk keperluan lain,” katanya.

Akui Ezzaty, hadiah diterima sedikit sebanyak mengurangk­an bebannya.

“Maklumlah, apabila hamil, tak banyak tawaran berlakon diterima. Maka, kewangan pun tidak stabil. Rezeki yang datang membuatkan saya lega,” katanya.

Ezzaty dan Azwan bergilir-gilir menjaga Harum yang berusia hampir tiga bulan. Menurut Ezzaty, dia tidak percayakan orang lain termasuk pembantu rumah dalam mengasuh anak.

“Bukan saja pembantu rumah, Azwan pun saya tak percayakan dia dalam selok-belok menjaga anak, pada mulanya. Biarkan anak sekejap dengan suami pun membuatkan saya tak keruan.

“Saya hanya percayakan ibu saja dalam hal ini. Namun, selepas dibiarkan Azwan menjaga anak beberapa kali, saya sudah boleh percayakan suami,” katanya.

Ezzaty berkata, dia dan Azwan mengatur jadual kerja bagi memudahkan mereka menguruska­n Harum dan rumah tangga.

“Sekarang saya sudah memulakan penggambar­an, jadi suami jaga anak. Sebaik selesai kerja bulan depan, suami pula mula berlakon. Saya sanggup menolak tawaran jika pada masa sama, suami ada komitmen di lokasi,” katanya.

Gementar berdepan Beto

Selepas hampir setahun tidak berlakon, Ezzaty melepaskan rindu apabila memasuki set penggambar­an drama KL Gangster Undergroun­d. Drama itu adalah kesinambun­gan daripada filem KL Gangster.

“Saya jadi heroin dan menjadi ‘kekasih’ kepada Beto Kusyairy. Nabila Huda pun berlakon sama. Drama ini lebih kepada aksi, jadi pelakon lelaki yang banyak babak.

“Saya teruja dan gementar kerana ini kali pertama digandingk­an dengan Beto. Bayangkan, baru nak kembali memanaskan badan berlakon, sudah dapat berganding dengan pelakon hebat.

“Saya sangat rindu beraksi depan kamera. Drama terakhir saya adalah Megat Extend di mana ketika itu saya hamil dua bulan,” katanya.

 ?? [ FOTO EZZATY ABDULLAH DAN THEPHOTOLI­CIOUS.COM ] ??
[ FOTO EZZATY ABDULLAH DAN THEPHOTOLI­CIOUS.COM ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia