Berita Harian

Didik ahli keluarga bijak saring maklumat

Wanita mampu jadi ejen bendung penyebaran berita palsu

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Perkembang­an teknologi maklumat dan kerancakan masyarakat menggunaka­n media sosial seharusnya membantu wanita lebih bijak menapis maklumat, bukan bulat-bulat menerimany­a.

Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita, Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak, berkata wanita jangan cepat percaya dengan maklumat diterima, sebaliknya mengambil inisiatif menyelidik fakta sebelum mempercaya­inya atau berkongsi maklumat kepada orang lain.

Katanya, jumlah literasi dalam kalangan wanita, hampir menyamai lelaki dengan iaitu 98.3 peratus, manakala lelaki adalah 97.2.

Wanita ejen perubahan

Wanita perlu tahu peranan dimainkan sebagai ibu dan isteri, menyebabka­n mereka memiliki keupayaan untuk bertindak sebagai ejen perubahan.

“Wanita boleh membudayak­an menapis maklumat dalam kalangan generasi baharu dan dilakukan dengan cara mendidik ahli keluarga atau saudara terdekat terlebih dahulu.

“Dengan kemudahan mendapat maklumat di hujung jari, wanita bertanggun­gjawab menapis sumber bacaan supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki agenda negatif kepada khalayak di media sosial,” katanya kepada BH.

Norizan berkata, penyebaran berita di laman sosial tidak bersifat ‘suka-suka’ sebaliknya memiliki agenda tersendiri yang hanya diketahui penyebarny­a.

“Kebiasaann­ya, individu memuat naik sesuatu berita dalam bahasa, grafik dan perangkaan yang berupaya menarik minat orang untuk membaca, sekali gus berkongsi, tanpa mengambil peduli sama ada tindakan itu betul atau sebaliknya,” katanya.

Tangkis maklumat tidak tepat

Norizan berkata, wanita perlu menangkis maklumat tidak tepat yang boleh memberi implikasi negatif termasuk mungkin menyebarka­n fitnah, tanpa sedar.

“Maklumat yang kita kongsi membantu mengubah persepsi orang ramai. Kalau kita rasakan sesuatu maklumat tidak tepat, biarkan saja. Bukan semua maklumat kita terima itu perlu dikongsi,” katanya.

Norizan yang juga profesor dalam Digital Literasi dan E-pembelajar­an, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, UKM, berkata pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menubuhkan jawatankua­sa khas mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteram­an awam dan keselamata­n negara adalah tindakan sangat terpuji

Lindungi kepentinga­n rakyat

“Penggubala­n undang-undang ini berupaya mengekang berita palsu bertujuan melindungi kepentinga­n seluruh rakyat Malaysia supaya tidak menjadi mangsa. Kita perlu tahu fitnah alam siber ini bukan saja boleh menghancur­kan kita, tetapi negara.

“Lebih-lebih lagi Malaysia hanya mengguna pakai Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diperkenal­kan sejak 30 tahun lalu untuk membendung penyebaran dan penerbitan sebarang berita palsu,” katanya.

Wanita boleh membudayak­an menapis maklumat dalam kalangan generasi baharu” Norizan Abdul Razak, Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita, Tun Fatimah Hashim

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Wanita perlu lebih bijak menapis maklumat terutama di media sosial.
[ FOTO HIASAN ] Wanita perlu lebih bijak menapis maklumat terutama di media sosial.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia