Berita Harian

KPWKM bakal perkenal program Papacare

-

Putrajaya: Selepas kejayaan Mamacare meningkatk­an taraf hidup ibu tunggal, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperkena­lkan program khas untuk lelaki, tidak lama lagi

Menerusi program dikenali sebagai Papacare, ia memberi fokus kepada golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihata­n untuk dilatih dalam bidang urutan khas untuk lelaki.

Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Suriani Ahmad, berkata program berkenaan bertujuan meningkatk­an pendapatan OKU penglihata­n di seluruh negara.

Katanya, OKU itu juga akan dilatih mengesan pelbagai penyakit yang lazimnya dihadapi lelaki, khususnya membabitka­n sakit tuan.

“Papacare adalah susulan kejayaan Mamacare yang dinobatkan antara lima penerima Anugerah Inovasi Kebangsaan.

“Peserta yang mendaftar dengan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) akan diberikan pakej mengandung­i pakaian seragam dan beg kelengkapa­n untuk mengurut,” katanya kepada BH.

Dijangka dapat sambutan

Suriani berkata, program itu dijangka mendapat sambutan yang baik dalam kalangan OKU buta, khususnya yang sudah memiliki kemahiran mengurut.

Katanya, peserta akan menikmati pelbagai manfaat dengan mendaftar untuk menyertai program berkenaan termasuk mendapatka­n pelanggan, seterusnya menjana pendapatan sekurangku­rangnya RM2,000 sebulan.

Pelaksanaa­n program Papacare adalah sama dengan Mamacare yang mana data peserta akan disimpan di dalam portal khas LPPKN untuk memudahkan pelanggan menempah mereka untuk mendapatka­n perkhidmat­an.

LPPKN akan memadankan peserta dengan pelanggan untuk janji temu pada masa dan tempat sesuai.

Setakat ini, program itu belum dibuka kepada golongan berkenaan, tetapi bakal diumumkan dan ditawarkan selewat-lewatnya pada tahun ini.

 ??  ?? Program Papacare akan diperkenal untuk OKU lelaki cacat penglihata­n susulan kejayaan program Mamacare.
Program Papacare akan diperkenal untuk OKU lelaki cacat penglihata­n susulan kejayaan program Mamacare.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia