Berita Harian

LELAKI JEPUN

menang hak jaga 13 anak

-

̌

Seorang lelaki kaya Jepun, semalam diberi hak jagaan tunggal 13 kanak-kanak yang lahir menerusi ibu tumpang Thailand, dalam keputusan mahkamah yang membolehka­nnya membawa mereka ke negara matahari terbit itu.

Mitsutoki Shigeta, 28, menjadi tumpuan skandal ‘kilang bayi’ pada 2014 selepas polis Thailand mengaitkan­nya dengan DNA sembilan bayi ditemui di bawah jagaan pengasuh 24 jam di sebuah apartmen mewah ibu kota ini.

Kanak-kanak itu dianggar berusia antara dua minggu hingga dua tahun ketika itu, dan sejak itu dijaga kerajaan Thailand sementara empat lain turut memiliki DNA Shigeta.

Penemuan luar biasa itu mengetenga­hkan industri menyewa rahim tidak dikawal selia di Thailand, menyebabka­n pihak berkuasa melarang rakyat asing membayar ibu tumpang pada 2015.

Anak jutawan IT

Shigeta, dilaporkan anak lelaki jutawan teknologi maklumat Jepun, meninggalk­an negara itu susulan skandal dan tidak pernah secara langsung menjelaska­n mengapa beliau menjadi bapa kepada ramai kanak-kanak terbabit.

Namun, Shigeta kemudian menyeret Kementeria­n Pembanguna­n Sosial dan Kesela- matan Manusia ke mahkamah bagi mendapatka­n hak jagaan anak-anaknya.

Semalam, mahkamah di ibu kota ini memberinya hak sah mengambil kanak-kanak itu, mengatakan beliau memiliki wang cukup menjaga mereka dan menyediaka­n pengasuh dan jururawat di kediaman selamat di Jepun.

“Untuk kebahagiaa­n dan peluang, 13 kanak-kanak itu akan menerima ayah kandung yang tidak memiliki sejarah kelakuan buruk, mahkamah memutuskan mereka adalah anak-anak sah kepada plaintif,” kata Mahkamah Pusat Juvana dalam satu kenyataan, namun tidak menyebut Shigeta untuk tujuan privasi.

Lahir dalam keluarga besar

Menurut mahkamah, Shigeta yang tidak hadir perbicaraa­n dianggap ‘ibu-bapa tunggal kanak-kanak itu selepas ibu tumpang Thailand melepaskan hak mereka.’

Peguamnya berkata, Shigeta akan menghubung­i Kementeria­n Kebajikan Masyarakat me ngenai langkah berikutnya menukar kanak-kanak itu daripada jagaan kerajaan, menambah ia bergantung kepada ‘kesediaan’ mereka, kebanyakan­nya berusia sekitar empat tahun.

“Mungkin ada keperluan bagi pegawai perlindung­an (kerajaan) untuk tinggal bersama mereka buat seketika bagi mengelak perubahan mendadak,” kata peguam Kong Suriyamont­ol kepada media di luar mahkamah.

Sementara itu, Kementeria­n Kebajikan Masyarakat tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut. Kong berkata, Shigeta dilahirkan dalam keluarga besar dan mahu anak-anaknya membesar bersama.

Polis berkata, Shigeta membayar ibu tumpang antara AS$9,300 hingga AS$12,500 setiap seorang (RM36,285.60 dan RM48,770.97).

 ??  ??
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Peguam Shigeta, Kong bercakap kepada media selepas anak guamnya diberi hak jagaan 13 kanak-kanak yang lahir daripada ibu tumpang Thailand.
[ FOTO AFP ] Peguam Shigeta, Kong bercakap kepada media selepas anak guamnya diberi hak jagaan 13 kanak-kanak yang lahir daripada ibu tumpang Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia