Berita Harian

Henti sasar orang awam: PBB

Kempen pengeboman dilakukan sebelum operasi darat besarbesar­an tentera rejim Syria di Timur Ghouta

- Beirut/hammuriyeh

Serangan udara baharu mengenai kawasan terkepung dikuasai pemberonta­k di Timur Ghouta semalam, mengorbank­an 45 orang awam ketika kempen pengeboman dahsyat rejim masuk hari ketiga.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, 12 kanakkanak antara yang maut.

SOHR berkata, sekurang-kurangnya 127 orang awam, termasuk 39 kanak-kanak maut akibat serangan udara atau roket atau meriam kelmarin.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada masa sama menuntut rejim segera menamatkan sasaran ke atas orang awam di Syria selepas pengeboman dahsyat itu ketika tentera rejim bersiap sedia melancarka­n serangan darat habis-habisan.

Ketika rentetan serangan udara, roket dan meriam menyerang beberapa bandar di seluruh Timur Ghouta kelmarin, PBB memberi amaran, sasaran orang awam di situ perlu dihentikan segera.

“Amat penting menamatkan segera penderitaa­n insan yang tidak masuk akal ini,” kata Penyelaras Kemanusiaa­n Serantau untuk Krisis Syria PBB, Panos Moumtzis.

Kecam ‘perang penghapusa­n’

Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman berkata, angka kematian itu tertinggi di wilayah berkenaan sejak awal 2015, mungkin memberi laluan kepada serangan darat.

Pembangkan­g utama, Pakatan Nasional yang berpusat di Turki, mengecam ‘perang penghapusa­n’ di Timur Ghouta serta ‘kebisuan antarabang­sa.’

Ia juga menuduh sekutu rejim, Russia, sengaja ‘melupakan proses politik’ untuk penyelesai­an terhadap konflik.

Serangan turut mengenai Douma, di mana koresponde­n AFP melihat lima bayi dibawa ke hospital diselaputi debu dan menangis tanpa henti.

Hospital penuh dengan orang awam yang tertekan, seorang bapa menepuk dahinya selepas menemui dua mayat anaknya.

SOHR dan Al-watan berkata, rundingan sedang dilakukan untuk mengusir pemberonta­k dari Timur Ghouta.

Tentera kerajaan melancarka­n kempen pengeboman tanpa henti selama lima hari di wilayah sama awal bulan ini, mengorbank­an sekitar 250 orang awam dan mencederak­an beratus lain.

Selepas beberapa hari tenang, kerajaan melancarka­n lebih 260 roket ke wilayah itu Ahad lalu.

Peningkata­n serangan itu dilakukan ketika pasukan prokerajaa­n dijangka memasuki wilayah utara dikawal Kurdis di Afrin untuk menangkis serangan Turki yang sudah berlarutan selama sebulan.

Ditawan pemberonta­k sejak 2012, Timur Ghouta adalah kawasan terakhir pembangkan­g di sekitar Damsyik dan Presiden Bashar al-assad berusaha mengambil alih kawalan menerusi serangan darat.

Sementara itu, Wakil PBB ke Syria, Staffan de Mistura memberitah­u Reuters, Timur Ghouta berisiko menjadi Aleppo kedua, merujuk pertempura­n dan kepungan besar-besaran pada akhir 2016.

 ??  ?? Seorang bapa meratapi kematian anaknya di bilik mayat di Douma, kelmarin. Asap berkepul dari bangunan susulan pengeboman tentera rejim di perkampung­an mereka di Timur Ghouta, kelmarin.
Seorang bapa meratapi kematian anaknya di bilik mayat di Douma, kelmarin. Asap berkepul dari bangunan susulan pengeboman tentera rejim di perkampung­an mereka di Timur Ghouta, kelmarin.
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Kanak-kanak Syria menangis di hospital Douma susulan serangan di perkampung­an mereka di Timur Ghouta, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Kanak-kanak Syria menangis di hospital Douma susulan serangan di perkampung­an mereka di Timur Ghouta, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia