Berita Harian

Bangladesh, Myanmar bincang nasib Rohingya

Terkandas di tengah sempadan antara dua negara di Tombru

-

Kerajaan Bangladesh dan Myanmar mengadakan per temuan semalam bagi membincang­kan nasib kirakira 6,000 pelarian Rohingya yang terkandas di antara dua negara, kata pihak berkuasa.

Kesemua 6,000 pelarian itu pada mulanya enggan memasuki Bangladesh selepas lambakan pelarian etnik minoriti terbabit susulan operasi tentera Myanmar, Ogos lalu.

Kini mereka mendakwa, dilarang memasuki Bangladesh menyebabka­n Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan kum pulan bantuan menggesa pihak berkuasa Dhaka membenarka­n mereka masuk.

Pujuk pelarian kembali

Ketua Suruhanjay­a Pelarian Bangladesh, Mohammad Abdul Kalam berkata, pasukan diketuai pentadbir kerajaan serantau akan bertemu pegawai Myanmar bagi membincang­kan nasib pelarian Rohingya yang terkandas dekat sempadan Tombru.

Mohammad berkata, Myanmar mahukan bantuan Bangladesh memujuk pelarian kembali ke tempat asal di Rakhine.

“Kami akan tahu secara terperinci bentuk kerjasama yang bakal dicapai sebaik tiba di lokasi,” katanya.

Seorang menteri kabinet Myanmar melawat kumpulan pelarian itu di Tombru minggu lalu dan memberi amaran, mereka akan menerima akibat buruk jika enggan pulang ke tempat asal.

Satu video tular di media sosial menunjukka­n Timbalan Menteri Dalam Negeri Myanmar, Aung Soe dilihat bercakap kepada pelarian menerusi pagar kawat duri.

Seorang pelarian berkata, mereka kini hidup dalam ketakutan kerana tentera Myanmar membina kubu berhampira­n pagar itu.

“Mereka berkata kami perlu meninggalk­an kawasan ini dengan segera atau ditembak jika enggan berbuat demikian,” kata Rashid Ahmed, 32.

Seorang lagi pelarian dikenali sebagai Ismail berkata, hampir 400 tentera Myanmar berkawal hampir setiap hari dan mencetuska­n panik di kalangan pelarian.

“Mereka sering melepaskan tembakan tanpa sebab,” katanya.

Mohammad berkata, secara teknikalny­a, pelarian Rohingya yang terkandas itu tinggal di sebelah Myanmar di sempadan dan mereka sebelum ini enggan berlindung dalam kem di Bangladesh.

Kirakira 700,000 pelarian Rohingya lari dari Myanmar ke Bangladesh sejak Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia