Berita Harian

Bangkai pesawat Iran ditemui

-

Tehran: Pasukan penyelamat Iran semalam menemui bangkai pesawat yang hilang di pergununga­n Zagros dua hari sebelumnya bersama 66 penumpang, kata seorang jurucakap.

Pesawat Aseman Airlines EP3704 hilang dari radar ketika ia terbang di atas banjaran Zagros pagi Ahad, kirakira 45 minit berlepas dari ibu kota ini.

Selepas dua hari pencarian dalam salji dan kabus tebal, cuaca akhirnya cerah pagi semalam, memberi tahap penglihata­n lebih baik kepada penyelamat menaiki helikopter.

“Helikopter Pengawal Revolusi menemui bangkai pesawat di pergununga­n Dena,” kata jurucakap Ramezan Sharif kepada penyiar tempatan IRIB.

Rakaman daripada helikopter menunjukka­n sekilas gambar bangkai pesawat dalam salji tebal di pergununga­n Dena, membentuk sebahagian banjaran Zagros. Kioumars Heydari memberitah­u IRIB, mereka berharap pasukan darat sampai ke tapak nahas dalam tempoh dua jam. “Mereka dilengkapi peralatan membawa mayat dalam salji. Jika cuaca baik, mereka juga bersiap sedia memindahka­n mayat melalui udara namun saya dimaklumka­n, agak mustahil helikopter boleh mendarat di rantau itu,” katanya.

“Malam tadi (kelmarin), sejumlah pendaki bermalam di kawasan pergununga­n dan menerusi kerjasama dengan pemandu arah tempatan berupaya melakukan pencarian di ceruk,” kata ketua pusat krisis serantau, Mansour Shishefuro­osh kepada agensi berita ISNA.

Pesawat dua enjin, ATR72 sudah berkhidmat sejak 1993 terbang awal pagi Ahad dari lapangan terbang Mehrabad ibu kota ini menuju ke Yasuj, terletak 500 kilometer ke selatan.

Pasukan penyiasat nahas daripada agensi keselamata­n udara Perancis, BEA tiba di Iran kelmarin, namun pihak berkuasa Iran berkata mereka tiba semalam.

 ??  ?? Pasukan pencarian darat dilengkapi peralatan membawa mayat dalam salji namun helikopter sukar mendarat berikutan muka bumi curam.
Pasukan pencarian darat dilengkapi peralatan membawa mayat dalam salji namun helikopter sukar mendarat berikutan muka bumi curam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia