Berita Harian

City gagal hapus badi Wigan

Guardiola bersiap berdepan Arsenal di final Piala Liga

-

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola enggan menyalahka­n pemainnya selepas pasukan pendahulu Liga Perdana itu bermain 10 orang pada babak pertama dan tersingkir daripada Piala FA di tangan kelab divisyen tiga, Wigan Athletic.

Kekalahan 0-1 pada pusingan kelima di Stadium DW pagi kelmarin, seperti aksi ulangan final 201213 yang dimenangi Wigan ketika skuad Latics itu berada di kelas utama, menamatkan harapan City mencipta kejayaan liga seterusnya empat kejuaraan musim ini.

“Tahniah buat Wigan kerana layak,” kata Guardiola kepada radio BBC.

“Kami sudah lakukan apa saja, kami membuat kesilapan dan perlawanan ini seperti final. OK, kami terima kekalahan ini,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

Buru Piala Liga

“Wigan menang, tahniah kepada mereka dan kami berehat untuk bersedia menghadapi final Piala Liga.”

City akan menentang Arsenal pada final yang akan berlangsun­g di Wembley Ahad depan.

Pasukan pilihan itu menentang lawan yang sedang berusaha naik taraf dari League One dengan City sentiasa bimbang dengan reputasi Wigan sebagai ‘pasukan kejutan’ dalam kejohanan tertua dunia itu.

Selain menewaskan mereka pada final 2013, Wigan juga menyingkir­kan mereka pada suku akhir peringkat kumpulan di Stadium Etihad semusim selepas itu ketika City sedang mengejar gelaran liga di bawah kendalian Manuel Pellegrini.

Kami sudah lakukan apa saja, kami membuat kesilapan dan perlawanan ini seperti final. OK, kami terima kekalahan ini” Pep Guardiola, Pengurus Manchester City

 ??  ??
 ??  ?? Pemain Manchester City, Danilo (kiri) diasak Will Grigg dari Wigan Athletic.
Pemain Manchester City, Danilo (kiri) diasak Will Grigg dari Wigan Athletic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia