Berita Harian

Kemenangan Frankfurt dicemari protes

-

Berlin: Kevin-prince Boateng meledak jaringan buat Eintracht Frankfurt ketika menang 2-1 mengatasi RB Leipzig awal pagi kelmarin ketika aksi dicemari dengan protes berikutan pengenalan perlawanan pada Isnin dalam Bundesliga.

Frankfurt menukar defisit 1-0 kepada kemenangan 2-1 dalam tempoh empat minit babak pertama, memastikan kemenangan mengatasi enam pencabar utama dan mendaki ke kedudukan ketiga liga.

“Kami mahu terus kekal di atas. Jika kami ke Eropah, ia akan menjadi musim yang menakjubka­n,” kata Boateng kepada Eurosport.

Kritikan teruk

Selepas memulakan minggu ini di tangga kedua, Leipzig kini jatuh ke kedudukan kelima.

Perlawanan itu adalah yang pertama daripada lima pertemuan yang dijadualka­n pada Isnin musim ini, pembaharua­n yang menyebabka­n kritikan teruk daripada pelbagai kumpulan di seluruh Jerman.

Sepak mula lewat empat minit ketika penyokong Frankfurt tidak dibenarkan masuk di kawasan antara tempat duduk dan papan iklan susulan niat mereka yang mahu mengadakan protes.

“Sebagai kelab Bundesliga, kami perlu menerima perkara ini dan berdepan budaya protes,” kata lembaga pengarah Frankfurt, Axel Hellmann kepada stesen televisyen, Hessische Rundfunk sebelum perlawanan.

Kain rentang juga dipasang oleh kumpulan penyokong dengan paparan mesej ‘Eintracht tidak mahu Isnin’ .

 ??  ?? Boateng (dua dari kanan) meraikan jaringanny­a dengan rakan sepasukan ketika aksi antara Eintracht Frankfurt dan RB Leipzig di Frankfurt Main, Jerman.
Boateng (dua dari kanan) meraikan jaringanny­a dengan rakan sepasukan ketika aksi antara Eintracht Frankfurt dan RB Leipzig di Frankfurt Main, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia