Berita Harian

Ahmad Ismail sedia pertahan jawatan

- Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail

akhirnya membuka mulut untuk mempertaha­nkan jawatannya dalam pemilihan badan induk sukan sepak takraw yang bakal?diadakan selewat-lewatnya, 30 Jun depan.

Ahmad berkata, dia sedia dan sanggup menduduki kerusi panas berkenaan selagi khidmatnya diperlukan ahli gabungan dan persatuan sepak takraw negeri.

Ahmad juga mendakwa beliau mendapat sokongan padu daripada majoriti ahli gabungan PSM kecuali tiga negeri iaitu Selangor, Perlis dan Terengganu.

(gambar)

“Semua persatuan sepak takraw negeri dan ahli gabungan PSM juga sebulat suara dalam menyuaraka­n pandangan mengenai isu penggugura­n acara sepak takraw dari Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 barubaru ini,” katanya ketika temui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja (JKK) dipengerus­ikan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail di Bukit Jalil di sini, semalam.

Markiman mahu cabar

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau sedia mempertaha­nkan jawatan selaku Presiden PSM yang dipegangny­a sejak 2002 jika dicabar individu lain termasuk Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran yang lantang mengkritik kepemimpin­an sebelum ini terutama selepas sepak takraw digugurkan dari Program Sukan Teras MSN dan salah satu acara SUKMA 2018.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahmad menegaskan pihaknya juga tidak bercadang meminda perlembaga­an PSM yang menggarisk­an badan induk sukan sepak takraw terbabit boleh menangguhk­an Agmnya sehingga 18 bulan mulai tarikh terakhir mesyuarat sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia