Berita Harian

MHC mahu kes Kumar segera selesai

- Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) berharap tarikh sebutan kes terhadap penjaga gol negara, S Kumar atas kesalahan doping tidak ditangguhk­an lagi.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal juga meminta Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) mempercepa­tkan tarikh sebutan kes berkenaan.

“Perkara ini kini di luar kawalan kami kerana MHC sudah menjalanka­n peranan kami dan meminta Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) mempercepa­tkan tarikh pendengara­n.

“Mereka (FIH) meminta tambahan 21 hari dan meminta afidavit yang mana peguam kami sudah menghantar afidavit kenyataan rasmi daripada Kumar dan juga semua pihak terbabit.

“Kami sudah menghantar afidavit itu dan berharap akan ketahui (tarikh pendengara­n) hujung bulan ini,” katanya selepas mesyuarat jawatankua­sa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, semalam.

Disember lalu, MHC mengumumka­n Kumar didapati positif sibutramin­e ketika Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu.

Peluang buat rayuan

Subahan berkata, beliau mengharapk­an reputasi Kumar sebagai pemain senior akan diambil kira dalam membuat keputusan terhadap status penjaga gol itu.

“Kami rasakan bila tarikh (sebutan kes) sudah diberikan, maka Kumar mempunyai peluang membuat rayuan dan mempertaha­nkan dirinya tidak bersalah.

“Kami berharap Kumar diberi peluang atau diberikan amaran saja kerana dia sudah banyak kali menjalani ujian doping, sudah lebih kurang 10 kali.

“Dia seorang pemain senior dan reputasiny­a sudah menggambar­kan dirinya. Selama ini dia seorang pemain yang baik tapi apakan daya benda itu sudah berlaku,” katanya.

Beliau berkata, jika tarikh pendengara­n kes ditangguhk­an lagi ke bulan Mac, ia mungkin mendatangk­an masalah buat skuad hoki negara.

“Apa pun kami ada pelan kecemasan yang mana kami ada dua pemain yang bagus dan sepatutnya boleh mengisi tempat Kumar dan itu bukannya isu.

“Namun, jika Kumar ada lebih baik dan kami mahukan dia kerana dia bagus,” ujarnya.

Perkara ini kini di luar kawalan kami kerana MHC sudah menjalanka­n peranan kami dan meminta Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) mempercepa­tkan tarikh pendengara­n” Subahan Kamal, Presiden MHC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia