Berita Harian

Badminton Asia sedia bantu BWF

-

Kuala Lumpur: Badminton Asia berikrar membantu Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dalam apa cara sekalipun bagi memerangi gejala mengatur perlawanan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Badminton Asia, Kenny Goh, berkata badan induk badminton serantau itu mengikuti perkembang­an skandal mengatur perlawanan yang berlaku dan sedia memberi bantuan untuk memerangin­ya.

“Tidak ada kebaikan jika anda mengatur perlawanan. Dalam jangka masa panjang, ia hanya akan merosakkan sukan itu dan badminton akan hilang kredibilit­i dalam kalangan sukan lain,” kata Kenny.

“Kami (Badminton Asia) sedar dengan skandal yang sedang berlaku, yang mana dua pemain Malaysia sedang disiasat oleh BWF. Bagaimanap­un kami belum dihubungi oleh badan badminton dunia.

“Secara teknikal, pemain datang dari ahli gabungan, jadi BWF berhak berhubung dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Kami di Badminton Asia percaya BWF akan dapat menyelesai­kan kemelut ini.”

Dibicara 26 dan 27 Februari

Ditanya sama ada Badmin ton Asia mempunyai langkah pencegahan mereka sendiri Kenny berkata: “Saya rasa BWF mempunyai dua cara, satu menerusi sistem pemberi maklumat yang terdapat di laman sesawang mereka dan saya percaya mereka juga mempunyai kaedah saintifik untuk mengesan gejala mengatur perlawanan dalam kalangan pemain.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Badminton Asia tidak akan bertolak ansur dalam sebarang bentuk manipulasi perlawanan dan kami akan membantu BWF memerangin­ya.”

Minggu lalu, dalam satu laporan eksklusif, Sukan NSTP mendedahka­n seorang pemain Malaysia disiasat oleh BWF berkenaan dakwaan mengatur perlawanan.

BAM kemudian mengesahka­n bukan seorang tetapi dua pemain di luar badan induk itu digantung daripada semua kejohanan sepanjang siasatan dilakukan.

Keduadua pemain itu yang berdepan risiko penggantun­gan seumur hidup sekiranya didapati bersalah dijangka akan menghadiri perbicaraa­n di Singapura pada 26 dan 27 Februari ini.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, Badminton Asia tidak akan bertolak ansur dalam sebarang bentuk manipulasi perlawanan dan kami akan membantu BWF memerangin­ya” Kenny Goh,

COO Badminton Asia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia