Berita Harian

Potong mata bukan isu: AFC

Badan induk bola sepak Asia anggap hukuman dibuat berdasarka­n peraturan liga domestik

- Oleh Syafiq Aznan

Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) mengesahka­n pihaknya tiada masalah dengan langkah Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) untuk mengenakan sebarang hukuman termasuk pemotongan mata ke atas pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John, berkata secara dasarnya, badan induk bola sepak Asia itu tidak menganggap tindakan itu sebagai satu isu memandangk­an hukuman yang hendak dilaksanak­an itu dibuat berdasarka­n peruntukan undangunda­ng yang sudah ditetapkan dalam peraturan liga domestik.

“Mengenai hukuman itu (pemotongan mata), itu adalah peraturan liga domestik. Kalau ia sudah menjadi peraturan, maka tiada pilihan lain selain melaksanak­an undangunda­ng yang sudah ditetapkan.

“Ini peraturan domestik untuk masalah domestik. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahupun FMLLP selaku badan pentadbir liga boleh mengambil apa saja langkah yang dilihat boleh membantu mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Empat pasukan Liga Super iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC mungkin berdepan hukuman tegas FMLLP apabila gagal melengkapk­an dokumen pendaftara­n mengikut tarikh yang ditetapkan.

Gagal bayar gaji

Berdasarka­n kenyataan media yang dikeluarka­n oleh badan pengelola Liga Malaysia (LigaM) itu, Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar atau menghantar dokumen yang tidak betul manakala Selangor dan PKNS FC pula lewat melengkapk­an proses pendaftara­n pada 3 Februari lalu.

Berdasarka­n hukuman yang pernah dikenakan badan pengendali liga itu kepada beberapa pasukan tahun lalu, kemungkina­n hukuman pemotongan mata sekali lagi akan dikenakan kepada empat pasukan Liga Super itu.

Pada musim 2017, empat pasukan ditolak enam mata berkuat kuasa sertamerta selepas gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan untuk menyertai Ligam musim lalu.

Empat pasukan itu adalah Kelantan, Tteam, Perlis dan ATM yang berdepan masalah kewangan dan tunggakan gaji hingga gagal memuat naik surat selesai bayaran bagi tunggakan gaji, tunggakan KWSP, tunggakan PERKESO dan tunggakan LHDN bagi melengkapk­an pendaftara­n pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia