Berita Harian

Marcerra beri sebab, PKNS mohon maaf

-

Kuala Lumpur: Presiden Marcerra United FC, Datuk Seri Dr Feardaus Khairuddin menjelaska­n kelewatan Kuantan FA melengkapk­an dokumen pendaftara­n untuk Liga Perdana musim ini berpunca daripada proses pengambila­lihan yang belum selesai di antara pihaknya dengan pasukan berkenaan.

Malah, Feardaus memberi jaminan bukan saja masalah pendaftara­n pasukan dapat disempurna­kan, bahkan segala isu gaji tertunggak juga boleh diselesaik­an jika pengurusan lama kelab berkenaan melaksanak­an beberapa langkah segera dalam mematuhi terma dan syarat awal yang dipersetuj­ui sebelum ini.

Katanya, Marcerra United bukan sekadar mengurus skuad bola sepak Liga Perdana yang bersaing di atas nama Marcerra Kuantan FA tetapi diberikan hak bagi mengambil alih keseluruha­n kelab berkenaan.

“Marcerra United masih menunggu Kuantan FA untuk me menuhi beberapa syarat dalam proses pengambila­lihan, termasuk pengesahan hutang dan liabiliti tertunggak yang perlu disahkan dengan laporan audit tahunan dan mendapat kelulusan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) serta Pesuruhjay­a Sukan.

Tingkatkan pengurusan

“Ini satu permintaan yang adil disebabkan kami mengeluark­an pelaburan yang besar untuk mengambil alih Kuantan FA,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Semalam, FMLLP mendedahka­n empat pasukan Liga Super termasuk Kelantan, Selangor, PKNS dan Kuala Lumpur serta enam dari Liga Perdana iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, MIFA dan UKM FC gagal melengkapk­an dokumen pendaftara­n atau menghantar dokumen melebihi tarikh akhir yang?ditetapkan pada 3 Februari lalu.

Sementara itu, Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abd Jabar memohon maaf di atas kelewatan pengurusan pasukan itu menghantar dokumen lengkap pendaftara­n skuad Semut Merah.

“Pihak kami menghargai usaha FMLLP yang menghantar emel peringatan mengenai perkara itu dan sentiasa berkomuni kasi dengan FMLLP bagi menyelesai­kannya sebaik mungkin.

“Oleh itu, PKNS FC mengambil iktibar dari isu ini dan komited untuk meningkatk­an kompetensi pengurusan kelab pada masa akan datang selaras dengan aspirasi FAM untuk mentadbir kelab secara profesiona­l,” katanya.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] ?? Aksi pemain Kuantan FA, Mohd Syazwan Mohd Roslan ketika menentang MISC-MIFA pada saingan Liga Perdana.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] Aksi pemain Kuantan FA, Mohd Syazwan Mohd Roslan ketika menentang MISC-MIFA pada saingan Liga Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia