Berita Harian

FMLLP tetap potong mata

-

ung pelaksanaa­n hukuman itu kelmarin.

Empat pasukan berdepan hukuman

Musim ini, empat pasukan dari Liga Super iaitu, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan PKNS FC bakal berdepan hukuman itu angkara gagal melengkapk­an pendaftara­n manakala enam lagi pasukan Liga Perdana terdiri Kuantan FA, PDRM, Pulau Pinang, Sarawak, MIFA dan UKM FC turut berdepan hukuman susulan kes sama.

“Saya pasti Tunku Ismail tidak berniat untuk menidakkan peraturan dan mahu peraturan ditegaskan tetapi beliau berlaku sarkastik dalam membuat kenyataan kerana hampa dengan pandangan sesetengah pihak yang berminda kecil ini,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Kevin menegaskan sekretaria­t FMLLP menyokong penuh kepemimpin­an Tunku Ismail dan menyifatka­n kenyataan yang dikeluarka­n beliau lebih bersifat untuk menyatakan kekecewaan yang wujud hasil persepsi sesetengah pihak yang sentiasa menuding jari kepadanya setiap kali wujud situasi di mana sesuatu hukuman bakal dilakukan.

“Kekecewaan ini adalah yang sebenar kerana Tunku Ismail bekerja keras untuk memastikan liga dan setiap pasukan terjamin untuk jangka masa panjang.

Wujud spekulasi

“Pelaburan yang berjaya diperoleh menjadi sesuatu menguntung­kan untuk kesemua pasukan dan secara realiti harapan semua pihak yang melabur di dalam Liga Malaysia mahu melihat kemajuan dari segi profesiona­lisme.

Pada masa sama, Kevin turut mempersoal­kan tindakan segelintir pihak yang disifatkan cuba menghalang kemajuan bola sepak di negara ini dengan melontarka­n beberapa kenyataan yang dilihat tidak bernas.

“Bola sepak Malaysia sudah berada di landasan yang betul apabila pelaburan sudah mula masuk dengan nilai yang lumayan.

“Tetapi adakah pihak ini tahu yang mereka ini sedang menghalang kemajuan dengan mengeluark­an kenyataan bijak pandai mereka yang serba tahu bukan sahaja mengenai pengurusan Persatuan Bola Sepak (FA) dan liga malah Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) dan juga Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) juga,” katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail tidak bersetuju andai badan pentadbir liga itu ingin mengambil tindakan memotong mata kepada pasukan yang tidak melengkapk­an dokumen pendaftara­n untuk bertanding dalam Liga-m musim ini.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, tindakan tegas FMLLP itu hanya akan mengundang spekulasi buruk beliau atau JDT mahu mengkhiana­ti pasukan lain.

“Bagaimanap­un saya tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana ia akan mewujudkan spekulasi daripada mereka yang kurang bijak dan mengatakan saya atau Kelab JDT ingin mensabotaj pasukan lain yang sedang berada di puncak liga kononnya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, kelmarin.

Musim lalu, ATM, Perlis, Kelantan dan T-team masingmasi­ng dipotong enam mata berikutan gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan mengikut syarat FMLLP selain gagal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia