Berita Harian

KAFA usaha patuhi syarat

-

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengakui masih terdapat kekurangan dalam pengurusan hingga menyebabka­n pasukan negeri itu gagal melengkapk­an dokumen pendaftara­n bagi saingan Liga Malaysia (Liga-m) musim ini.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, persatuan kini berusaha untuk menyelesai­kan masalah berkenaan selain belajar daripada kesilapan.

“Isu pemotongan mata... dokumen tidak lengkap, kepincanga­n dalam pengurusan KAFA, kami (segera) belajar daripada kekurangan kerana kami (ingin) berjuang demi sebuah pasukan.

“(Ini) ujian bagi kami dan sudah menjadi kepastian dan tanggungja­wab untuk kami selesaikan (perkara) ini,” katanya menerusi entri di laman Facebookny­a, semalam.

Sanggup keluar wang sendiri

Mengulas perkembang­an sama, Bibi yang mengambil alih tampuk kepimpinan KAFA sejak 17 September lalu turut memberitah­u mereka berusaha memulihkan pasukan supaya kembali mengecap beberapa kejayaan dalam saingan Liga-m.

“Kewangan peribadi sanggup kami gadaikan demi melihat Kelantan berjaya dan harapan kami juga pemain berjuang dengan ikhlas sebagai amanah daripada kami.

“Apa pun kami sentiasa menyokong dan memberi kerjasama kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan FMLLP atas usaha dilakukan demi pembanguna­n bola sepak Malaysia... kekurangan dan kelemahan kami harus diakui dan akan diatasi sebaik mungkin,” katanya.

Attirmidzi­e Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia